Berita Harian

Dolar Amerika kembali tertinggi

-

Mata wang Amerika Syarikat (AS) berada pada kedudukan minggu tertinggin­ya sepanjang tahun pada Jumaat lalu, sementara pasaran saham dunia kembali meningkat ke paras tinggi pada hari dagangan terakhir suku itu.

Di Wall Street, S &P 500 dan Nasdaq mencatatka­n paras tertinggi sepanjang masa manakala pasaran saham Eropah juga berhadapan dengan kenaikan yang sama.

Data pada Jumaat menunjukka­n perbelanja­an pengguna Amerika Syarikat hampir tidak meningkat pada Ogos tetapi laporan itu sedikit mengubah jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah Rizab Persekutua­n pada Disember.

“Data ekonomi yang kami pero leh sama ada pada sasaran atau ia lebih baik daripada jangkaan. Jadi tidak ada apaapa perkara negatif sama sekali. Secara amnya, latar belakang ekonomi sangat kukuh,” kata Naib Presiden Perdaganga­n dan Derivatif Charles Schwab di Austin, Texas, Randy Frederick.

Indeks dolar, yang mengukur dolar ke atas sekumpulan mata wang, turun 0.01 peratus. Dolar AS naik sekitar 1 peratus untuk minggu lalu, di landasan minggu terbaik sejak Disember. Euro pula naik 0.26 peratus kepada AS$1.1815.

“Secara dasarnya, keadaan di AS menyumbang kepada peningkata­n dolar,” kata ahli strategi mata wang di Tempus Inc Washington, Juan Perez.

Minyak mentah AS naik 0.06 peratus kepada AS$51.59 satu tong dan Brent kekal pada AS$56.68, turun 0.84 peratus. Spot emas pula turun 0.5 peratus kepada AS$1,280.15 seaun.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Dolar AS berada pada kedudukan minggu tertinggin­ya sepanjang tahun pada Jumaat lalu.
[ FOTO AFP ] Dolar AS berada pada kedudukan minggu tertinggin­ya sepanjang tahun pada Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia