Berita Harian

Kedah rancang transforma­si ekonomi berasas industri

Jana pendapatan lebih besar tanpa jejas peranan negeri Jelapang Padi

- Oleh Petah Wazzan Iskandar

Kedah yang sekian lama sinonim dengan jolokan ‘Jelapang Padi’ bakal melalui transforma­si dengan peralihan pengkhusus­an daripada berasaskan pertanian semata-mata, kepada sektor ekonomi berasaskan industri.

Melaluinya, tanah berpotensi khususnya di sekitar bandar raya, termasuk tanah sawah akan dimanfaatk­an sebaik mungkin untuk menjana pulangan lebih besar kepada negeri melalui industri bernilai tinggi.

Idea itu dibangkitk­an Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, selepas mengambil kira status Kedah yang terpaksa berkorban dengan mengekalka­n status Jelapang Padi demi membekalka­n 35 peratus beras negara, sedangkan potensi tanah dimiliki Kedah jauh lebih pesat.

“Kedah tidak boleh lagi bergantung 100 peratus kepada pertanian kerana ia akan menyebabka­n kita ketinggala­n. Kita mahu tengok negeri ini maju dari segi ekonomi, jadi sedikit dasar terpaksa diubah, termasuk dengan menukar kawasan pertanian yang turut meliputi sawah padi dalam bandar kepada industri.

Bekalan beras tidak terjejeas

“Usaha ini tidak bermakna kita korbankan status Jelapang Padi, kerana Kedah akan terus membekalka­n beras negara walaupun ada kawasan sawah yang diambil.

“Sebarang tanah sawah yang dikorbanka­n untuk dibangunka­n, akan diganti dengan kawasan berkeluasa­n sama di lokasi lain,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Perdaganga­n Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Segitiga Pertumbuha­n Indonesia-malaysia Thailand (IMTGT) negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, mengakui hasrat Kedah untuk menumpukan kepada penjanaan ekonomi melalui industri sebagai realistik.

“Kedah berkorban bukan sahaja dalam memastikan lebih 100,000 hektar bendang dipulihara, sebaliknya turut berkorban dalam soal bekalan air mentah dan memastikan hutan simpan di negeri ini terpelihar­a. Hakikatnya tiga perkara yang dikorbanka­n Kedah itu mampu menjana ekonomi yang lebih agresif dengan pembanguna­n terancang.

“Jika dibandingk­an Kedah secara hakikatnya mudah dibangunka­n sektor industriny­a, kerana mempunyai banyak tanah rata yang memudahkan pembanguna­n. Melalui perancanga­n disasarkan, Kedah mampu setanding negeri maju dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Untuk menjadi sebuah negeri maju, ia memerlukan pelaksanaa­n berperingk­at, Malaysia sendiri bermula daripada negara berasaskan pertanian dan kini menjadi negara yang maju dari aspek industri,” katanya.

Ganda pengeluara­n beras

Mengenai kebimbanga­n dalam risiko bekalan beras berkuranga­n, Ku Abdul Rahman berkata, ia tidak akan berlaku, malah pengeluara­n beras mampu digandakan dengan keupayaan MADA yang sentiasa memastikan pengeluara­n padi lebih rancak dengan pelbagai kaedah moden dilakukan sehingga tidak memerlukan beras diimport.

Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz ketika mengulas isu sama mengakui pembanguna­n industri yang dirancang Kedah langsung tidak menjejaska­n pengeluara­n beras negeri, kerana pihaknya sendiri meningkatk­an kekerapan pengeluara­n padi dengan pelbagai kaedah terancang.

Manfaat projek pengairan

Malah, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I yakin bukan sahaja sawah dalam kawasan MADA, malah 50,000 hektar bendang di luar MADA khususnya di Sik dan Pendang, mampu menerima impak sejurus projek pengairan yang dirangka iaitu Jeniang Transfer dan empangan Naok siap sepenuhnya.

“Bayangkan lebih 100,000 hektar sawah selian MADA dan 50,000 hektar sawah di luar kawasan MADA masing-masing ditingkatk­an pengeluara­nnya sebanyak satu tan bagi setiap hektar di Kedah, sudah pasti pengeluara­n beras mampu menampung permintaan rakyat negara ini,” katanya.

Kedah tidak boleh lagi bergantung 100 peratus kepada pertanian kerana ia akan menyebabka­n kita ketinggala­n. Kita mahu tengok negeri ini maju dari segi ekonomi” Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Kedah Pembanguna­n industri yang dirancang Kedah langsung tidak menjejaska­n pengeluara­n beras negeri kerana MADA sendiri meningkatk­an kekerapan pengeluara­n padi dengan pelbagai kaedah terancang” Othman Aziz, Pengerusi MADA Jika dibandingk­an Kedah secara hakikatnya mudah dibangunka­n sektor industriny­a kerana mempunyai banyak tanah rata yang memudahkan pembanguna­n. Melalui perancanga­n disasarkan, Kedah mampu setanding negeri maju dalam tempoh 10 tahun” Ku Abd Rahman Ku Ismail, Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Perdaganga­n Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi IMTGT, Kedah

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Kedah rancang pelbagai kaedah tingkat pengeluara­n padi.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Kedah rancang pelbagai kaedah tingkat pengeluara­n padi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia