Berita Harian

‘Jobsifu.com 2017 bukan anjuran kerajaan negeri’

-

Alor Setar: Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsun­g di hotel di sini, kelmarin, anjuran pihak swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor, berkata karnival terbabit dianjurkan pihak swasta tanpa sebarang campur tangan daripada kerajaan Kedah.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ada menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan tetapi beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

Timbul kekecohan

“Difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitka­n yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur, namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainy­a.

“Saya mewakili kerajaan negeri rasa kesal dengan apa yang berlaku dan pihak penganjur perlu lebih sensitif dan bertanggun­gjawab dengan isu berkaitan.

“Jangan wujudkan masalah dan menimbulka­n kemarahan manamana pihak, khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini, katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kecewa dikenakan bayaran

Kelmarin, generasi muda melahirkan rasa kecewa dengan karnival kerjaya yang mengenakan bayaran sehingga membebanka­n pengunjung.

Perkara itu tersebar luas dalam laman sosial sehingga ada yang mengaitkan karnival terbabit dianjurkan kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia