Berita Harian

Majikan perlu yakin kebolehan pekerja wanita OKU

Ramai sudah buktikan kemahiran dalam pelbagai bidang

- Oleh Nor Hatina Shuib

Kebanyakan majikan masih berfikiran sempit dengan menganggap golongan kurang upaya (OKU), tidak mampu menjadi pekerja yang baik dalam sektor pekerjaan di negara ini.

Senario itu merugikan sumber tenaga kerja kerana sebilangan mereka mempunyai kemahiran, kepakaran dan ilmu dalam bidang terbabit termasuk sektor

Golongan OKU kini sudah memiliki kepakaran dalam bidang seperti teknologi, sains sosial, motivasi, linguistik dan kemahiran seni, sekiranya digilap boleh menyumbang­kan pulangan terbaik kepada majikan.

Eksekutif Kanan Aksesibili­ti Dan Advokasi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Siti Huraizah Roslan, berkata majikan sepatut membuang perasaan simpati pada OKU sehingga membataska­n mereka untuk mengambil golongan itu bekerja.

Beliau yang juga cacat penglihata­n, berkata perasaan simpati berkenan akan menyekat peluang mereka menonjolka­n diri dan kemahiran dalam dunia pekerjaan.

“Cabaran itu perlu ditempuhi pekerja wanita OKU apabila mereka terlalu mendapat simpati majikan dan rakan sekerja membuatkan kebolehan OKU untuk melakukan tugasan tidak dapat ditonjolka­n secara maksimum.

“Kekangan ini menyukarka­n komuniti cacat penglihata­n dilihat sebagai pekerja serba boleh dalam melaksanak­an tugasan.

“Rasa simpati berlebihan hanya membataska­n keupayaan dan peluang kami menyumbang kepada syarikat,” katanya kepada BH.

Siti Huraizah, berkata majikan perlu lebih terbuka kepada golongan ini dan menganggap mereka sama seperti pekerja lain.

Katanya, beliau melihat perubahan memang majikan yang membuka peluang kepada komuniti OKU sama ada di sektor swasta mahupun awam.

“Tetapi jumlahnya masih kecil. Oleh itu majikan perlu memainkan peranan itu bagi meningkatk­an jumlah penyertaan wanita OKU khususnya sebagai pekerja" katanya.

Majikan sepatutnya membuang terus stigma bakat dan kemahiran bekerja golongan itu adalah terhad disebabkan kecacatan mereka.

Sedia infrastruk­tur lengkap

Pemilik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kreatif dan Artistik Universiti Teknologi MARA (UITM) itu berkata, majikan boleh menunjukka­n keprihatin­an menerusi penyediaan infrastruk­tur lengkap dan sesuai untuk pekerja dalam kalangan OKU supaya memudahkan tugasan dijalankan.

“Majoriti OKU yang cacat penglihata­n umpamanya menggunaka­n perisian pembaca skrin jenis Job Access With Speech (JAWS).

“Jadi, penyediaan komputer lengkap dengan perisian terkini lebih bermakna kepada kami berbanding simpati.

“Teknologi ini membantu OKU melakukan apa saja tugasan dengan mudah dan tepat sekali gus menonjolka­n potensi diri sebenar sebagai pekerja,” katanya.

OKU perlu tonjol bakat

Pada masa sama, OKU wanita yang cacat penglihata­n sepatutnya merebut peluang untuk menjadi sebahagian tenaga kerja di negara ini.

Siti Huraizah berkata, golongan OKU patut diberi peluang dalam sektor pekerjaan supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan wanita normal lain.

“Saya bertuah kerana bekerja dengan majikan yang sentiasa mencabar kebolehan diri untuk melakukan apa saja tugasan wanita normal dapat lakukan.

“Cabaran itu membuatkan saya sentiasa mahu menjadi wanita berdaya saing, yakin diri dan kreatif dalam menyelesai­kan tugasan diberi lebih sempurna daripada pekerja lain lakukan,” katanya.

Siti Huraizah berkata, beliau mahu semua wanita OKU patut membuang perasaan rendah diri dalam dunia kerjaya dan sentiasa meningkatk­an kemahiran serta pengetahua­n dalam pelbagai bidang terutama teknologi.

Cabaran itu perlu ditempuhi pekerja wanita OKU apabila mereka terlalu mendapat simpati majikan dan rakan sekerja membuatkan kebolehan OKU untuk melakukan tugasan tidak dapat ditonjolka­n secara maksimum” Siti Huraizah Roslan, Eksekutif Kanan Aksesibili­ti Dan Advokasi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)

 ??  ?? Siti Huraizah sentiasa membuktika­n OKU sepertinya boleh melakukan apa sahaja perkara dengan sempurna.
Siti Huraizah sentiasa membuktika­n OKU sepertinya boleh melakukan apa sahaja perkara dengan sempurna.
 ??  ?? Siti Huraizah (kiri) bersama rakan.
Siti Huraizah (kiri) bersama rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia