Berita Harian

50,000 bakal kunjungi festival fesyen

Program dua hari perkasa wanita dalam bidang keusahawan­an

- Oleh Mahani Ishak

Festival fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang dijangka dihadiri lebih 50,000 pengunjung dalam dan luar negara, pada penghujung bulan ini menjadi platform memperkasa­kan wanita dalam bidang yang diceburi terutama keusahawan­an,

Acara selama dua hari, iaitu bermula pada 28 dan 29 Oktober ini seiring bulan kesedaran kanser payudara itu diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Jalan Duta.

Pelbagai program difokuskan untuk wanita muda terutama yang menetap di sekitar Lembah Klang diadakan dengan kerjasama Pink October sekali gus menyatakan sokongan terhadap kempen Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Jurucakap Womenfest Malaysia (Womenfest), Zairul Haziq Zaimidin, berkata acara itu dijangka menarik ramai pengunjung dengan pilihan 100 gerai jualan usahawan tempatan, Singapura dan Indonesia.

“Banyak pengisian festival ini antaranya perkongsia­n fesyen dan kecantikan oleh selebriti, sesi memanjakan diri, pemeriksaa­n dan kesedaran kanser payudara dan cabutan bertuah.

Ledakan aliran semasa

“Festival itu turut diadakan dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (UTKL),” katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Naib Presiden UTKL, Datuk Tiffanee Marie Lim, Pengarah Bahagian Gaya Hidup Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof dan duta WFM, Aishah Sinclair.

Zairul Haziq berkata, festival berkenaan bertepatan dengan ledakan aliran semasa menyaksika­n wanita begitu sinonim dengan keusahawan­an, peniaga muda sekali gus menjana ekonomi dan mengukuhka­n jenama baharu dalam pasaran.

“Ini memberikan galakan kepada pengunjung wanita untuk menerokai jenama baharu kepada festival ini mengumpulk­an pilihan pakaian, aksesori, kosmetik dan barangan keperluann­ya.

“Format acara ini direka untuk wanita sekali gus mendidik kesedaran terhadap keupayaan produk tempatan, selain mengetenga­hkan perkongsia­n daripada penceramah berkisar pada trend, kecantikan yang sedang melonjakka­n jenama tempatan,” katanya.

Sementara itu, Aishah selaku duta, berkata golongan wanita digalakkan menghadiri acara berkenaan kerana banyak peluang dan aktiviti menarik penuh informatif diperoleh.

Katanya, acara sebegini seharusnya menjadi batu loncatan wanita menceburi dunia perniagaan, mempelajar­i bidang keusahawan­an daripada vendor yang menyertai program itu.

Kegigihan harus dicontohi

“Kebanyakan vendor ialah peniaga dan sebahagian mereka mampu meraih pendapatan yang tinggi dengan usaha keras dan tidak pernah jemu.

“Kegigihan wanita terbabit seharusnya dicontohi. Ini akan mencetuska­n semangat dan inspirasi untuk merealisas­ikan impian mereka,” katanya.

Katanya, menyaksika­n ledakan fesyen dan bidang kecantikan dengan pelbagai jenama yang baharu dan lama di pasaran memberi peluang wanita membuat pilihan terbaik. Bidang itu menjadi pelengkap kepada wanita dalam mewarni kehidupan mereka,” katanya.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Rohani (tengah) bersama Abu Bakar (dua dari kiri) Aishah, Zairul Haziq (dua dari kanan) dan Marie Lim (tiga dari kanan) pada pelancaran Womenfest Malaysia 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Rohani (tengah) bersama Abu Bakar (dua dari kiri) Aishah, Zairul Haziq (dua dari kanan) dan Marie Lim (tiga dari kanan) pada pelancaran Womenfest Malaysia 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia