Berita Harian

Usahawan wanita perlu kekal berdaya saing

-

Kuala Lumpur: Usahawan wanita tempatan digalak mencari peluang dalam bidang digital untuk terus kekal berdaya saing dalam era global.

Pengerusi Rangkaian Perniagaan bagi Wanita WIEF (WBN), Datuk Dr Norraesah Mohamad, berkata wanita mempunyai potensi besar untuk bertindak sebagai ejen transforma­si terhadap perubahan dunia.

(gambar)

Katanya, w anita mempunyai kemampuan untuk mempengaru­hi minda masyarakat dalam pelbagai perkara dan bidang.

Teroka pasaran global

Selain itu, semakin ramai wanita terbabit dalam bidang keusahawan­an yang menjadi sebahagian daripada platform golongan itu meningkatk­an ekonomi hidup.

“Dengan adanya sokongan kuat dalam kalangan usahawan wanita hebat, sudah tentu ia dapat membantu usahawan baharu untuk berkongsi pengalaman, idea, rangkaian dan sumber bagi memperkasa­kan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Ekonomi Islam (WIEF), baru-baru ini.

Sejak WBN ditubuhkan pada 2007, ramai usahawan wanita berjaya dilahirkan dalam pelbagai jenis perniagaan, malah ada yang mampu meneroka ke pasaran global.

Justeru, pelbagai program memantapka­n lagi bidang diceburi sekali gus terus menjadi kesinambun­gan wanita sebagai ejen pembanguna­n negara.

Antara program dan aktiviti yang dianjurkan adalah seperti bengkel WIEF dalam talian, pemasaran dan keusahawan­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia