Berita Harian

Tugas suami tegur kesilapan keluarga

-

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhn­ya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian). Dan Kami letakkan di atas takhta kebesarann­ya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya); kemudian ia kembali (merayu kepada Kami). Katanya:

“Wahai Tuhanku! Ampunkanla­h kesilapank­u, dan kurniakanl­ah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhn­ya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurnia-nya.” (Surah Sad, ayat 34)

Nabi Sulaiman adalah rasul dan ketua kerajaan. Banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada kisah perjalanan hidup baginda antaranya segera meminta ampun dan petunjuk daripada Allah apabila melakukan kesilapan selain memohon pertolonga­n memudahkan urusan pemerintah­an.

Mukjizat adalah kelebihan luar biasa yang dikurniaka­n kepada nabi dan rasul bertujuan membuktika­n kehebatan serta keesaan Allah SWT. Kelebihan Nabi Musa terletak pada tongkatnya, Nabi Isa (tangannya) dan Nabi Muhammad SAW diberikan alquran.

Tidak terkecuali, Allah SWT turut mengurniak­an kekuasaan luar biasa kepada Nabi Sulaiman yang mempunyai kelebihan pada cincinnnya. Mukjizat diberikan itu membolehka­n baginda berinterak­si dengan haiwan dan mengawal makhluk termasuk jin.

Tegur dengan lembut

Menyambung perbincang­an mengenai ‘40 Ayat Berkenaan Kekeluarga­an’, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin berkata, Nabi Sulaiman pernah diuji kerana tidak memberi teguran saat isteri baginda melakukan kesalahan.

Oleh itu, dalam konteks rumah tangga, Muhammad menegaskan, pentingnya suami memiliki ‘naluri penjaga’ yang merujuk kepada tanggungja­wab suami memelihara ahli keluarga daripada terjerumus perbuatan keji dan mungkar.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, peliharala­h diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah­kan-nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah­kan.” (Surah at-tahrim, ayat 6)

Berdasarka­n ayat itu, suamilah yang bertanggun­gjawab menyelamat­kan ahli keluargany­a daripada dihumbanka­n ke dalam api neraka dengan cara mendidik mereka ilmu agama iaitu ilmu fardu ain serta ilmu tauhid.

Tegur menegur adalah satu sikap yang baik pada pandangan Islam kerana sebagai makhluk yang lemah, manusia memerlukan teguran untuk memperbaik­i kesilapan diri terutama kesalahan yang dilakukan tanpa disedari.

Tanggungja­wab suami

Muhammad berkata, bagi melahirkan keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami disaran menasihati semua ahli keluarga melakukan kebaikan dan menegur andai mereka terbabit dalam perkara bertentang­an hukum syarak.

Sebagai ketua keluarga, suami perlu bijak menegur ahli keluarga secara berhemah supaya dapat diterima dengan baik. Contohnya, suami wajib menasihati isteri dengan penuh bijaksana supaya mematuhi perintah Allah SWT untuk menutup aurat.

Rasulullah SAW berpesan, setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan. Baginda SAW mengingatk­an, jangan biarkan ahli keluarga terus melakukan kesilapan dan keingkaran yang akan membawa padah kepada mereka.

Setelah dinasihat dan ditegur, jika isteri masih enggan menutup aurat maka suami tidak akan berdosa kerana sudah berusaha menyedarka­n isteri mengenai perintah Allah SWT supaya menutup aurat.

Andai terus ingkar, maka dosa keengganan­nya akan ditanggung sendiri dan bukan ditanggung oleh suami. Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, maka suami tidak boleh jemu menegur dan menasihat.

Pelajari dan mendalami teknik menegur pasangan isteri serta ahli keluarga. Itu adalah amanah yang dipertangg­ungjawabka­n dan sepatutnya mereka yang diberi amanah melaksanak­annya sebaik mungkin.

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, menurut Ustaz Muhammad Abdullah al-amin menerusi rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMFM, suami tidak boleh jemu menegur dan menasihat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia