Berita Harian

Ujian angkat darjat insan, bukan musibah

-

Daripada Abu Said al-khudri berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya ada seorang dalam kalangan puan yang kematian tiga orang anak kecil, pasti semua anak itu menjadi benteng kepada puan daripada api neraka. Seorang wanita bertanya: Bagaimana kalau dua orang anak? Rasulullah menjawab: Dua orang anak pun begitu juga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kehilangan anak kecil lebih dirasai ibu bapa kerana mereka sentiasa berada dalam dakapan, dimanja dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Bagaimanap­un, usahlah terlalu meratap apabila kehilangan anak kecil kerana mereka berupaya menarik ibu bapa ke syurga di akhirat kelak.

Anak tarik ibu bapa ke syurga

Hadapilah ujian itu dengan tenang dan jangan sesekali menganggap­nya satu musibah, sebaliknya pertolonga­n daripada Allah SWT untuk mengangkat darjat ibu bapa dan anak ke tahap lebih tinggi.

Rahmat sedih, gembira

Sesungguhn­ya rahmat Allah SWT itu datang dalam pelbagai keadaan, mungkin menyebabka­n kita bersedih atau dalam bentuk yang menggembir­akan.

Daripada hadis qudsi, Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga! Anak itu berkata: Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk. Lalu mereka mendekati pintu syurga tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: Mengapa, aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga! Mereka menjawab: Tetapi (bagaimana) orang tua kami? Allah berfirman: Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.” (Riwayat Ahmad)

Pertolonga­n daripada Allah SWT untuk mengangkat darjat ibu bapa dan anak ke tahap lebih tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia