Berita Harian

Perlu ada idealisme kuat sebelum berjuang

Pak Sako berani beri sindiran tajam kepada penjajah melalui novel

- Oleh Siti Haliza Yusop

Pengarang perlu memiliki idealisme yang kuat sebelum memulakan perjuangan dengan karya mereka.

Presiden Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (NUMERA), Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, berkata tanpa idealisme yang kuat, sukar seseorang pengarang berjuang yang pernah dilakukan pengarang terdahulu seperti Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako.

“Ini sudah dimulakan di Indonesia oleh tokoh pejuang mereka misalnya melalui Angkatan 30 dan Malaysia turut mengambil inspirasi daripada perjuangan itu.

“Keadaan sastera pada masa itu sangat gawat dan kita ada sasterawan seperti Pak Sako yang menulis cerpen serta novel Putera

Gunung Tahan dan Anak Mat Lela

Gila yang memberi sindiran yang tajam kepada Inggeris.

Tinggalkan jawatan, bela orang miskin

“Pak Sako bertindak lebih drastik dengan meninggalk­an jawatan tingginya sebagai hakim mahkamah rendah.

“Inggeris selalu memerhatik­annya disebabkan beliau sering membela orang miskin dalam perbicaraa­n,” katanya pada Malam Kesenian Melayu Islam Seminar Internasio­nal Sastera Melayu-islam 2017 (SISMI17) di Masjid Abdul Rahman bin Auf (MARBA) di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abdul Adzis Abas; Penaung Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Walikota Banjarbaru, Nadjmi Adhani.

Sementara itu, Abdul Adzis berkata, usaha NUMERA bersama-sama dengan MARBA dalam menganjurk­an SISMI17 wajar diberikan pujian.

Iktiraf sumbangan penulis konsisten

“Selain meningkatk­an ilmu melalui percambaha­n idea dengan perkongsia­n pemakalah, acara ini juga dilihat satu langkah baik dalam menyemarak pentas sastera dengan kehadiran penyair Nusantara.

“Saya juga melihat penobatan empat individu dalam pelbagai bidang sebagai cara baik dalam mengiktira­f sumbangan penulis yang konsisten dalam perjuangan mereka memastikan khazanah dan warisan persuratan Melayu tidak tenggelam dalam modenisasi,” katanya.

Pada acara itu juga, NUMERA memberi penghargaa­n kepada empat penggiat dalam bidang kritikan sastera, penulisan dan deklamasi dari negara ini serta Indonesia melalui Anugerah Tokoh Persuratan Nusantara Melayu Raya tahun ini.

Anugerah Tokoh Persuratan Dunia NUMERA 2017 diterima oleh pengkritik sastera Indonesia, Hudan Hidayat Gozali, manakala Presiden Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-sastera), Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abas dan aktivis seni, budaya dan sastera Indonesia, Putu Ikhirma (Anugerah Tokoh Patria Numera 2017) serta deklamator, Norazimah Abu Bakar (Anugerah Tokoh Srikandi NUMERA).

Pak Sako bertindak lebih drastik dengan meninggalk­an jawatan tingginya sebagai hakim mahkamah rendah kerana Inggeris selalu memerhatik­annya disebabkan beliau sering membela orang miskin dalam perbicaraa­n. Ahmad Kamal Abdullah, Sasterawan Negara

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Hamad Kama Piah (empat dari kiri) bersama Ahmad Kamal (lima dari kiri) memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Malam Kesenian Melayu Islam Seminar Internasio­nal Sastera Melayu-islam 2017 di Puchong.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Hamad Kama Piah (empat dari kiri) bersama Ahmad Kamal (lima dari kiri) memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Malam Kesenian Melayu Islam Seminar Internasio­nal Sastera Melayu-islam 2017 di Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia