Berita Harian

Puisi, syair satukan silang budaya ASEAN

-

Kuala Lumpur:

Acara Forum Puisi dan Syair ASEAN 2017 menjadi platform negara anggotanya berhimpun untuk mengenali ragam dan silang budaya dunia kesusaster­aan Asia Tenggara.

Meskipun berbeza bahasa dan budaya, ia masih mampu mengeratka­n perpaduan, selain dilihat sebagai peluang untuk saling memahami negara serantau.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, berkata sebagai tuan rumah memang menjadi hasrat DBP untuk melihat dunia kepenyaira­n Malaysia dikenali di pentas ASEAN.

Bina, pelihara tradisi

“Bentuk atau sifat puisi di negara ASEAN berbeza dengan puisi Eropah dan Amerika.

“Justeru amat penting kita sama-sama membina dan memelihara tradisi kita,” katanya pada Majlis Pelancaran Forum Puisi dan Syair ASEAN 2017 di DBP di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron.

Md Salleh berkata, acara yang menjadi sebahagian daripada program Diversecit­y: Festival Seni Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 sudah tiga tahun dianjurkan dengan Mohd Khair dilantik sebagai kurator kesusaster­aan.

“Tema Perjuangan Bangsa yang dipilih terasa amat merangkul kerana setiap negara ASEAN kecuali Thailand merasai penderitaa­n hidup di bawah kuasa penjajah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khair berkata, tahun ini acara Forum Puisi & Syair ASEAN 2017 dibawa dengan format baharu dengan gabungan puisi moden dan tradisiona­l.

Acara itu menampilka­n 18 pemakalah dari 10 negara ASEAN seperti Zaen Kasturi, Dr Ariff Mohamad dan Shafa’atussara Silahudin dari Malaysia; Maman S Mahayana, dan Idawati MA (Indonesia); Noridah Kamari (Singapura); Dr Mohd Ali Radin (Brunei Darussalam); Nguyen Phan Que Mai (Vietnam) dan Dr Aung Khin Myint (Myanmar).

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] ?? Md Salleh (dua dari kiri) bersama Mohd Khair (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Forum Puisi dan Syair ASEAN 2017 di DBP.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH] Md Salleh (dua dari kiri) bersama Mohd Khair (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Forum Puisi dan Syair ASEAN 2017 di DBP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia