Berita Harian

Sistem metamodel mampu elak tragedi berulang

-

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h meruntun hati seluruh rakyat Malaysia. Satu tindakan bersama semua pihak perlu dilaksanak­an segera agar tragedi memilukan ini tidak berulang.

Di negara maju, pengurusan menangani bencana berteraska­n teknologi maklumat guna metamodel, sistem berasaskan pengetahua­n babit interaksi melalui aktiviti berasaskan kejurutera­an perisian.

Sebagai contoh, melalui sistem ini, setiap peringkat pengurusan bencana akan diperincik­an mengikut aktiviti.

Fasa pertama, mitigasi iaitu peringkat sebelum bencana.

Seperti jenis bangunan, peraturan bangunan, peraturan tempatan, kesedaran orang awam, maklumat untuk orang awam, insentif cukai, insurans, insentif, pengezonan dan pengurusan tanah.

Peringkat kesediaan

Seterusnya, peringkat kesediaan. Untuk mengelak kejadian tragis seumpama ini berlaku, maka sistem metamodel akan menyenarai­kan aktiviti dalam fasa ini seperti pelan tindakan kecemasan, sistem kecemasan, pelan evakuasi, kaedah komunikasi ketika kecemasan, pelan bantuan, kesedaran awam, program latihan, ujian latihan dan kawasan perlindung­an sementara.

Peringkat seterusnya ialah peringkat tindakan iaitu ketika kecemasan. Ia terdiri daripada pelaksanaa­n pelan yang telah dirangka sebelum ini, pengisytih­aran kecemasan, amaran kecemaran, maklumat awam, pendaftara­n dan pengesanan, pemakluman kepada pihak berkuasa, penubuhan pusat koordinasi, evakuasi, sumber mobiliti, penilaian kerosakan akibat bencana, pencarian dan penyelamat­an mangsa, bantuan kesihatan, pengukuran institusi kesihatan awam dan bantuan segera.

Peringkat akhir ialah pelan pemulihan termasuk pemulihan semula khidmat diperlukan segera, program kaunseling, penempatan sementara, pelan bantuan kewangan, pengagihan bantuan berkaitan, pelan jangka panjang bantuan kesihatan, rayuan awam untuk pemulihan kawasan bencana, memulihkan aset awam, kajian impak ekonomi kawasan bencana, pelan menilai semula pembanguna­n, memulakan pelan pembanguna­n semula dan maklumat awam.

Semua aktiviti dinyatakan sebelum ini akan diformulas­i dalam bentuk sistem pengetahua­n metamodel yang boleh diterjemah­kan dalam bentuk kejurutera­an perisian.

Minimum impak bencana

Walau bagaimanap­un, perancanga­n tanpa tindakan akan menjadi tindakan di atas kertas atau hanya berakhir di meja perbincang­an sahaja. Pengurusan bencana menggunaka­n konsep sistem metamodel adalah konsep perancanga­n berasaskan pengetahua­n berdasarka­n aktiviti disenaraik­an secara terperinci.

Ia bertujuan mengelak bencana atau meminimumk­an impak bencana. Untuk memastikan pelaksanaa­n ini berjalan baik, disyorkan agar aktiviti dalam metamodel disandarka­n kepada undang-undang berkaitan sedia ada. Ini untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia