Berita Harian

Sekolah di Rakhine dibuka semula

Myanmar dakwa keadaan di utara negara itu kembali stabil, etnik Rohingya masih lari ke Bangladesh

- Yangon

Myanmar membuka semula sekolah untuk kanak-kanak etnik Rakhine di negeri yang terjejas teruk akibat keganasan masyarakat sambil mengisytih­arkan, ‘kestabilan’ sudah kembali, kata media kerajaan semalam.

Namun ribuan penduduk Islam Rohingya masih bergerak keluar dari kawasan sama.

Rakhine dalam keadaan huru hara selepas rusuhan meletus akhir Ogos lalu, apabila serbuan pemberonta­k Rohingya mencetuska­n tindakan keras tentera dikatakan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) bersamaan ‘pembersiha­n etnik.’

Hilang tempat tinggal

Separuh daripada kira-kira sejuta penduduk Islam Rohingya lari ke Bangladesh, mewujudkan krisis pelarian terbesar dunia, mendakwa perkampung­an mereka dibakar tentera dan samseng Rakhine.

Keganasan turut menyebabka­n 30,000 etnik Rakhine lain hilang tempat tinggal.

Pihak berkuasa pendidikan berkata, sekolah sudah dibuka semula di bandar Maungdaw dan Buthidaung ‘ketika kestabilan kembali’ di pusat utama keganasan, menurut laporan akhbar Global New Light of

Myanmar, semalam.

“Sekolah di perkampung­an etnik kini selamat dan terjamin. Namun kami perlu memikirkan sekolah di perkampung­an Bengali (Rohingya) di tengah kebimbanga­n keselamata­n berterusan,” kata pihak berkuasa pendidikan Rakhine dipetik sebagai berkata.

Rohingya tidak diiktiraf sebagai kumpulan etnik, sebaliknya dilabel kerajaan sebagai ‘Bengali’ melucutkan status sah mereka di Myanmar.

Bot karam dari Buthidaung

Lebih 2,000 Rohingya, majoritiny­a dari Buthidaung berkumpul di pantai sejak minggu lalu dengan harapan dapat masuk ke Bangladesh ketika bekalan semakin surut dan menerima ancaman daripada jiran mereka di Rakhine.

Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri maut, kebanyakan­nya kanak-kanak selepas bot membawa mereka karam hampir dengan pantai Bangladesh Khamis lalu dari Buthidaung.

Sementara itu, di Bangkok, Kementeria­n Luar Thailand dalam kenyataan jarang dibuat terhadap krisis berterusan di Rakhine, Myanmar berkata, lewat kelmarin, ia memantau rapat situasi dan akan menyediaka­n bantuan kepada kerajaan Myanmar dan Bangladesh.

“Thailand memantau rapat situasi di Rakhine dengan prihatin.

“Kerajaan diraja Thailand sentiasa memberi perhatian dan perlindung­an terhadap pelarian Myanmar,” katanya merujuk hampir 100,000 pelarian yang tinggal di sembilan kem sepanjang sempadan.

Namun menurut pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja di sana, ramai di kem itu adalah penduduk jangka panjang yang lari daripada konflik berdekad lalu dan tiada satu pun terdiri daripada Muslim Rohingya.

Kementeria­n itu berkata, ia memberi tindak balas susulan pandangan dikemukaka­n kumpulan hak asasi manusia berkaitan kedudukan Thailand terhadap pergolakan di Rakhine.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ??
 ??  ?? Pelarian Rohingya tiba dari Myanmar menaiki bot di Shah Porir Dwip di Teknaf, berhampira­n Cox's Bazar. Bangladesh, semalam.
Pelarian Rohingya tiba dari Myanmar menaiki bot di Shah Porir Dwip di Teknaf, berhampira­n Cox's Bazar. Bangladesh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia