Berita Harian

Pyongyang tolak usaha AS

Tak berminat berunding henti program senjata nuklear

-

Washington sudah membuka saluran ke Korea Utara mengetahui jika rejim itu bersedia berunding untuk menghentik­an program senjata nuklearnya, namun ditolak.

Pejabat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di Washington segera menjelaska­n, Korea Utara tidak menunjukka­n sebarang minat dalam rundingan sebegitu.

Bercakap sehari selepas rundingan bersama Presiden China, Xi Jinping dan diplomat atasan, Tillerson memaklumka­n media, pihak berkuasa AS sedang berhubung dengan Pyongyang.

Tak bergantung kepada China

Pendedahan komunikasi itu susulan perang mulut antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jongun, dengan Tillerson mengeluark­an gesaan supaya bertenang.

Ditanya bagaimana beliau tahu jika Pyongyang mungkin mempertimb­ang memberi tindak balas terhadap sekatan baharu dengan datang ke meja rundingan, wakil AS itu berkata: “Kami sedang menyiasat, jadi tunggulah.”

Washington tidak memiliki hubungan diplomatik dengan rejim autokratik Jong-un dan bergantung kepada Beijing untuk mengekang tindak tanduk jirannya itu menerusi sekatan lebih tegas.

Namun Tillerson berkata, diplomat AS tidak bergantung kepada China sebagai orang tengah untuk berunding dengan Korea Utara, sebaliknya bercakap secara langsung menerusi ‘saluran sendiri.’

“Kami bertanya. Kami memiliki jaringan komunikasi dengan Pyongyang. Kami bukan dalam situasi gelap, kami ada dua atau tiga saluran ke Pyongyang. Kami bercakap dengan mereka,” katanya.

Di Washington, Jabatan Negara berkata, walaupun saluran komunikasi itu wujud, Korea Utara sebaliknya tidak menunjukka­n minat untuk melepaskan senjata nuklearnya.

“Walaupun jaminan AS tidak berminat dalam mempromosi keruntuhan rejim terkini, meneruskan perubahan rejim, mempercepa­tkan penyatuan semenanjun­g atau menggerakk­an tentera ke utara DMZ, pihak berkuasa Korea Utara tidak menunjukka­n minat atau bersedia berunding melepaskan senjata nuklear,” kata jurucakap jabatan, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Dalam perkembang­an lain di Rome, Itali mengarahka­n duta baharu Korea Utara meninggalk­an negara itu susulan bantahan terhadap ujian pelancaran peluru berpandu dan nuklear Jong-un.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Tillerson berkata AS tidak bergantung dengan China sebagai orang tengah, sebaliknya bercakap secara langsung menerusi saluran sendiri dengan Korea Utara.
[ FOTO AFP ] Tillerson berkata AS tidak bergantung dengan China sebagai orang tengah, sebaliknya bercakap secara langsung menerusi saluran sendiri dengan Korea Utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia