Berita Harian

Israel campur tangan dalam undian Kurdistan: Erdogan

-

Istanbul: Presiden Turki, Tayyip Erdogan kelmarin menuduh agensi perisikan Israel memainkan peranan dalam pungutan suara kemerdekaa­n Kurdistan Iraq.

Dakwaan itu dibuktikan dengan berkibarny­a bendera Israel ketika sambutan keraian kejayaan ‘ya’ referendum itu.

Ankara menentang sekerasker­asnya pungutan suara itu sambil mengancam sekatan ke atas wilayah berkenaan, menggambar­kan kebimbanga­nnya terhadap minoriti besar Kurdis di Turki.

Dalam ucapan televisyen, Erdogan berkata, Turki bersedih melihat sesetengah penduduk Kurdis Iraq mengiktira­f hasil pungutan suara dengan mengibarka­n bendera Israel.

“Ini menunjukka­n satu perkara, bahawa pentadbira­n (di utara Iraq) mempunyai sejarah dengan Mossad, mereka saling bantu membantu antara satu sama lain,” kata Erdogan di Erzurum, timur Turki.

Enggan iktiraf

Kerajaan pusat Iran dan Iraq di Baghdad turut melahirkan kebimbanga­n berhubung pungutan suara itu dan enggan mengiktira­fnya.

Israel menjadi satu-satunya negara yang secara terbuka menyokong sebuah negara Kurdis merdeka dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyokong ‘usaha sah rakyat Kurdistan mendapat- kan kemerdekaa­n sendiri.’

Namun, Erdogan mempersend­akan sokongan Israel itu.

“Adakah anda sedar dengan apa yang anda lakukan?

“Hanya Israel menyokong anda,” kata Erdogan merujuk kepada pemimpin Kurdis Iraq.

Ankara mengancam beberapa siri langkah menghukum Kurdis Iraq termasuk menutup sempadan darat antara Turki dan rantau itu serta menghentik­an transit minyak dari Kurdistan ke pelabuhan selatan Turki di Ceyhan.

Syarikat penerbanga­n Turkish Airlines, Atlas dan Pegasus menggantun­g penerbanga­n mereka ke Kurdistan Iraq untuk tempoh masa tidak ditentukan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Erdogan mendakwa pentadbira­n di Utara Iraq ada kaitan dengan agensi perisikan Israel, Mossad.
[ FOTO AFP ] Erdogan mendakwa pentadbira­n di Utara Iraq ada kaitan dengan agensi perisikan Israel, Mossad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia