Berita Harian

20,000 haiwan perlu diselamatk­an di Bali

-

Karangasem: Sukarelawa­n membahayak­an nyawa menyelamat­kan puluhan ribu haiwan di zon merah, ditinggalk­an akibat gunung berapi aktif di pulau pelanconga­n Bali.

Gunung Agung, terletak 75 kilometer dari hab pelanconga­n Kuta, bergegar sejak Ogos lalu, menyebabka­n kirakira 144,000 penduduk berpindah sejak seminggu lalu ketika pakar memberi amaran letusan pasti berlaku.

Ratusan gegaran

Ketika penduduk berpusupus­u membanjiri pusat penempatan sementara atau tinggal bersama saudara mara, haiwan termasuk monyet liar, anjing serta haiwan ternakan seperti khinzir, ayam dan lembu, ditinggalk­an di zon bahaya hampir dengan gunung berapi yang berisiko mengeluark­an debu, batu dan wap panas.

“Saya bimbang kerana kami berusaha menyelamat­kan haiwan yang ditinggalk­an dan tidak tahu bila letusan mungkin berlaku. Gempa berlaku setiap hari, mungkin setiap jam,” kata wakil Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta, Vio Verandhini.

Ada ratusan gegaran setiap hari dicetuskan akibat gunung berapi terbabit, dengan beberapa daripadany­a mencatat magnitud 2 hingga 3, cukup kuat menggegark­an tingkap dan perabot.

Gunung Agung dipantau

Pertubuhan haiwan itu dan beberapa lain membentuk unit tindak balas kecemasan dianggotai 12 orang, membuat kunjungan berbahaya ke zon merah, berada pada jarak antara sembilan dan 12 kilometer dari puncak gunung berapi itu.

Haiwan terbabit dipindahka­n ke pusat perlindung­an di mana ia diberi makan dan dijaga serta pemilik digalak melawat haiwan ternakan mereka sekerap mungkin.

Pusat Pencegahan Bencana Geologi dan Gunung Berapi Indonesia berkata Jumaat lalu, satelit remote sensing mengesan pelepasan wap baharu dan kawasan terma dalam kawah.

Awan wap putih di atas puncak Gunung Agung dipantau secara kerap sejak tiga hari lalu, menambah kemungkina­n satu letusan, kata pusat berkenaan.

Cerun di Gunung Agung menjadi hab penternaka­n di rantau itu, menyediaka­n sumber penting pendapatan kepada masyarakat setempat.

Kirakira 10,000 ternakan lembu dipindahka­n setakat ini dalam pemindahan dibantu kerajaan, kata agensi pencegahan bencana Indonesia, namun ada 20,000 lain perlu diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia