Berita Harian

Guardiola raih tonik juara

Kemenangan ke atas Chelsea kukuh kedudukan di persada

-

Pertembung­an Manchester City dengan Chelsea kelmarin menyaksika­n Pep Guardiola bijak memanfaatk­an kelemahan skuad The Blues yang belum cergas sepenuhnya untuk mengukuhka­n kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah tanpa berselindu­ng, Guardiola menyifatka­n kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan itu sebagai detik paling penting dalam usaha untuk mencabar kejuaraan musim ini.

Jaringan tunggal Kevin De Bruyne pada babak kedua memberi City kemenangan untuk menduduki tangga teratas liga, mengatasi Manchester United dengan perbezaan gol sebelum rehat antarabang­sa.

Sebelum aksi, Antonio Conte mengeluh pemain Chelsea tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk pulih selepas perlawanan Liga Juara-juara, pada Rabu lalu dengan mendakwa pasukannya sedang ‘dihukum’ oleh jadual perlawanan.

Selepas kalah dua kali kepada Chelsea musim lalu dan menamatkan saingan dengan 15 mata di belakang skuad The Blues, Guardiola percaya kemenangan di Stamford Bridge itu adalah kejayaan paling penting buat pasukannya.

Morata cedera

“Tiada kata dapat digambarka­n mengenai Chelsea dan apa yang mereka lakukan musim lalu. Sangat penting untuk menang terutama dengan cara kami bermain,” katanya.

“Pada babak pertama kami tidak menemui rentak permainan sebenar tetapi, di separuh masa kedua kami beraksi lebih baik. Satu kebanggaan besar atas kemenangan ini.

“Kami menguasai perlawanan pada babak kedua selepas melakukan pertukaran corak permainan dan menyerang. Chelsea tidak dapat beraksi dengan baik dan hanya melakukan hantaran jauh.”

Chelsea pula berdepan kekecewaan berganda apabila kehilangan penjaring terbanyak, Alvaro Morata yang mengalami kecederaan pada 10 minit sebelum rehat.

“Ia masalah otot,” kata jurulatih daripada Itali itu. “Saya tidak fikir ia masalah yang serius. Dia (Morata) berhenti sebelum kecederaan itu menjadi lebih serius.

“Dia berkata lebih baik berehat, kalau tidak dia berisiko mengalami kecederaan teruk. Jadi, doktor perlu melakukan pemeriksaa­n rapi terhadap keadaan Morata.”

 ??  ?? Morata (tengah) diasak dua pemain Manchester City, Nicolas Otamendi (kanan) dan Fabian Delph di Stamford Bridge, kelmarin.
Morata (tengah) diasak dua pemain Manchester City, Nicolas Otamendi (kanan) dan Fabian Delph di Stamford Bridge, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia