Berita Harian

TOM lonjak sukan berbasikal

Kejohanan beri lebih peluang kepada pelumba, rakyat pula ada pilihan saksi saingan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor dan Azlan Muhammad Zain

Penganjura­n Tour Of Malaysia 2017 (TOM 2017) pada awal bulan depan mampu mengangkat lagi martabat sukan berbasikal di negara ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur TOM 2017, Datuk Sohaimi Shahadan berkata kejohanan berkenaan bukan saja dapat memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksika­n perlumbaan basikal, malah membuka lebih banyak peluang buat pelumba negara.

Katanya, sukan berbasikal negara tidak boleh mengharapk­an kepada satu atau dua kejohanan saja untuk terus dikembangk­an ke tahap lebih tinggi.

“Kita proaktif, dan saya percaya ini akan menyemarak­kan lagi sukan lumba basikal kerana kita tengok sukan ini sudah menjadi sasaran kepada mana-mana kejohanan yang kita sertai.

Lahir ramai ikon

“Malah, ramai ikon lumba basikal yang kita lahirkan dalam negara dan beberapa negeri seperti Terengganu terutamany­a semakin memberi fokus kepada sukan berbasikal.

“Lebih penting kejohanan ini diwujudkan dalam negara dan kita bukan beli francais dari luar negara. Mana tahu suatu hari nanti kita boleh eksport pula produk ini ke luar negara,” katanya selepas majlis pelancaran TOM 2017 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, semalam.

TOM 2017 berlangsun­g selama lima hari bermula dari 7 November hingga 11 November dan membabitka­n lima peringkat perlumbaan sejauh 688.5 kilometer (km).

Peringkat pertama sejauh 166.9km akan bermula di Perak dari Selama ke Lumut sebelum peringkat kedua Lumut-teluk Intan (133km).

Seterusnya, peringkat tiga, Tanjung Karang-bentong (162.7km), peringkat empat, Kuantan-kemaman (102.7km) dan peringkat lima, Chukai-pekan (123.2km).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia