Berita Harian

Terima kasih Malaysia

Perlumbaan permotoran paling berprestij di dunia labuhkan tirai di SIC semalam selepas 19 tahun hangatkan adrenalin rakyat

- Oleh Sukhairi Thani

̌

Semalam berakhir sudah lakaran perlumbaan berprestij perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia selepas 19 tahun menghangat­kan adrenalin peminat permotoran empat roda di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), di sini.

Sudah tentu banyak kisah suka dan duka yang bakal bersemadi di dalam tinta sejarah sejak perlumbaan ini mula dianjurkan di SIC pada 1999, apatah lagi trek ini dikenali dengan cabaran luar biasa termasuk cuaca yang tidak menentu.

Bermula dari 1999, GP Malaysia ini sudah pun mencipta gah tersendiri, muncul selaku perlumbaan F1 yang pertama dianjurkan di rantau Asia Tenggara sebelum jejak itu disusuli Singapura pada 2008.

Kemenangan pertama menjadi milik pemandu Ireland Utara, Eddie Irvine sebelum Michael Schumacher yang kembali beraksi selepas patah kaki ketika itu meneruskan dominasi Ferrari di SIC untuk dua tahun berturut-turut sehingga 2001.

Nasib bagaimanap­un tidak menyebelah­i legenda F1 itu untuk meneruskan penguasaan Scuderia, namun kembali merampas takhta podium utama pada 2004.

Paling digeruni

Andai mahu mengimbau cabaran sudah tentu edisi ke-11 pada tahun 2009 menjadi paling digeruni, di mana hujan lebat membasahi trek dan perlumbaan hanya bermula pada jam

5 petang.

Namun, atas risiko keselamata­n susulan hujan yang tidak me- nunjukkan tanda reda, perlumbaan ketika itu terpaksa dihentikan selepas 31 pusingan sekali gus menyaksika­n Jenson Button dari pasukan Brawn GP dinobatkan selaku juara.

Perebutan gelaran terus menjadi topik hangat dibualkan dengan nama Sebastian Vettel yang memandu jentera Red Bull menawan podium utama untuk dua tahun berturut-turut pada 2010 dan 2011.

Pemandu Jerman itu kembali meraih kemenangan untuk Red Bull pada 2013

sebelum dia meraih gelaran di Sepang bersama Ferrari pada 2015 tatkala Lewis Hamilton yang bersama pasukan Mercedes AMG PETRONAS, menceriaka­n penonton ‘laman sendiri’ pada 2014.

Pemenang terbanyak

Kejayaan di podium utama dilakukan Vettel itu sekali gus meletakkan namanya di dalam rekod pemenang terbanyak di SIC dengan empat kemenangan.

Tahun lalu, legasi Red Bull yang ditinggalk­an Vettel berjaya diulangi Daniel Ricciardo dan Max Verstappen yang meraih penamat 12 pencapaian terbaik mereka pada musim lalu.

Semua ini meninggalk­an 1001 kenangan yang pastinya akan diingati apatah lagi F1 sudah banyak memberi pulangan buat negara terutamany­a daripada sudut pelanconga­n.

Apapun, tahun ini adalah penamatnya, ‘F1nale’ buat F1 di Sepang dan sekalung terima kasih yang tidak terhingga kerana dalam tak diam, perlumbaan berprestij ini secara tidak langsung membuka mata dunia terhadap negara kita. Tahniah Malaysia, terima kasih F1. Sehingga kita jumpa lagi pada masa depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia