Berita Harian

Hadiah bermakna Verstappen

Rai hari jadi ke-20 dengan juarai final GP Malaysia

- Oleh Saiful Affendy Sapran, Sukhairi Thani dan Fadlhi Ishak

Max Verstappen meraih hadiah ulang tahun kelahiran paling bermakna apabila memenangi edisi final perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS yang terakhir di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) semalam.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan badi menimpa pemandu Red Bull Racing berkenaan yang gagal menamatkan separuh perlumbaan musim ini termasuk GP Singapura dua minggu lalu.

Sensasi Belanda itu yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-20 kelmarin, menamatkan perlumbaan 56 pusingan dengan catatan masa 1 jam 30 minit 1.290 saat, meninggalk­an pendahulu kejuaraan pemandu, Lewis Hamilton dari Mercedes AMG PETRONAS di tempat kedua, ketinggala­n +12.770s.

Tempat ketiga milik rakan sepasukan Verstappen yang juga penyandang juara, Daniel Ricciardo - ketinggala­n +22.519s.

Kemenangan kedua

Ia adalah kemenangan kedua dalam karier Verstappen sejak kali pertama melakukann­ya pada GP Sepanyol tahun lalu.

“Hari ini memang cukup sempurna apabila jentera saya nyata lebih pantas berbanding Hamilton. Saya rasa ini adalah antara hari perlumbaan paling sempurna apabila segala-galanya berjalan dengan baik.

“Saya harap ia adalah permulaan baik kepada nasib yang sering tidak memihak kepada saya sebelum ini ketika hari perlumbaan,” katanya selepas perlumbaan.

Verstappen yang bermula di petak ketiga berkata dia sedar Hamilton tidak begitu pantas dan memanfaatk­an sepenuhnya peluang untuk memintas juara dunia tiga kali itu.

“Hamilton sedang memburu kejuaraan dunia. Jadi dia mungkin tidak mahu terlalu mengambil risiko.

“Saya pula mempunyai pakej terbaik dan mengambil risiko yang lebih besar untuk memintasny­a. Sudah tentu saya gembira kerana dapat mengatasin­ya dan memenangi perlumbaan ini,” katanya.

Selepas 15 pusingan, Hamilton kekal mendahului kejuaraan pemandu dengan mengumpul 281 mata, lebih 34 mata berbanding Vettel di kedudukan kedua.

Perlumbaan F1 masih berbaki lima pusingan dengan pusingan seterusnya di GP Jepun, 8 Oktober ini.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] ?? Verstappen meraikan kejayaanny­a menjuarai F1 GP Malaysia, semalam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD / BH ] Verstappen meraikan kejayaanny­a menjuarai F1 GP Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia