Berita Harian

Hamilton mahu jentera dibaiki

Pemandu Mercedes harap masalah diatasi sebelum hadapi baki 5 perlumbaan

- Oleh Fadhli Ishak, Sukhairi Thani dan Saiful Affendy Sapran

Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui betapa jentera Mercedes AMG PETRONAS masih memerlukan banyak ruang untuk diperbaiki.

Hamilton dan rakan sepasukan, Valtteri Bottas jelas tampak perlahan pada hari perlumbaan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) semalam meskipun pemandu Britain itu mampu menyambar petak utama perlumbaan dan menamatkan saingan di tangga kedua.

Dia yang pernah meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Malaysia PETRONAS pada 2014, kini mendahului carta pemandu dengan kelebihan 34 mata berbanding Sebastian Vettel (Ferrari).

Dia kini berharap pasukannya mampu mengatasi masalah itu pada baki lima pusingan musim selepas ini.

Ferrari lebih laju

“Kami tahu Ferrari lapan per sepuluh lebih laju berbanding kami (setiap pusingan), dan ia sama sekali tidak mengejutka­n.

“Sirkit seperti ini (SIC) mempunyai banyak selekoh yang amat membantu kami mengenalpa­sti isu yang jentera alami,” kata Hamilton.

“Seperti yang kamu dapat lihat, kami bergelut dengan kelajuan tetapi ia masih baik kerana mampu raih tempat kedua.

“Valtteri (Bottas) tampak lebih bergelut tetapi saya mampu mengatasin­ya.

“Kereta mempunyai beberapa kelebihan berbanding isu yang dihadapi, kami memang mempunyai beberapa masalah besar dengannya.

“Masih banyak usaha yang perlu dipertingk­atkan tetapi saya fikir ini adalah isu yang memang dihadapi kereta pada tahun ini dan kami akan cuba memperbaik­inya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia