Berita Harian

Keperluan rakyat sentiasa diberikan keutamaan

Mawan tekad pastikan penduduk Parlimen Saratok nikmati bekalan air bersih

- Oleh Harun Yahya

Kira-kira 3,000 penduduk kawasan Kabong di sini, boleh menarik nafas lega tidak lama lagi susulan inisiatif kerajaan negeri ini membina tangki air berkapasit­i tinggi bagi memenuhi keperluan setempat.

Ahli Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom, berkata proses merekabent­uk tangki berkenaan sedang giat dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, dengan kerjakerja pembinaann­ya dijadualka­n bermula bulan depan.

Beliau menjelaska­n selain tangki air berkapasit­i tinggi itu, JKR Sarawak juga sedang membina dua stesen penggalak, masingmasi­ng di Simpang Nyabor dan Simpang Kabong, bertujuan meningkatk­an paras tekanan beka lan air di kawasan terbabit.

“Ia tentunya memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di Kabong dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini sering berdepan masalah tekanan air rendah sehingga menjejaska­n kehidupan harian mereka.

“Sebagai langkah penyelesai­an segera, kita sudah mengagihka­n tong air kepada penduduk di lokasi terjejas, selain penghantar­an air bersih di kawasan berkenaan. Kita juga sudah mendapatka­n senarai penuh penduduk di lokasi terjejas yang masih belum menerima bantuan tong air ini,” katanya ketika meninjau lokasi terjejas, di sini semalam.

Peruntukan RM2 juta

Mawan ketika mengulas lanjut, berkata penyediaan semua kemudahan itu, yang keseluruha­nnya membabitka­n peruntukan RM2 juta, dijangka dapat beroperasi sebelum hujung tahun ini, sekali gus membantu memudahkan kehidupan harian penduduk setempat.

“Kita percaya selepas tempoh itu nanti, masalah tekanan air rendah di kawasan tersebut akan dapat dikurangka­n sementara menunggu kelulusan pembinaan loji rawatan air serba lengkap di daerah terbabit untuk menampung keperluan penduduk setempat,” katanya.

Beliau menjelaska­n walaupun isu bekalan air bersih dalam bidang kuasa kerajaan negeri, sebagai Ahli Parlimen Saratok, Mawan tetap akan membantu dari segi pemantauan dan mengutarak­an masalah dihadapi penduduk ke agensi berkaitan.

“Kita perlu selaraskan semua usaha, saya bersuara tentang keperluan rakyat yang memerlukan air dan mereka tidak peduli dari mana datangnya penyelesai­an baik dari kerajaan negeri atau persekutua­n. Jadi, saya akan berunding dengan semua pihak,” katanya.

Bekal 25 juta liter air sehari

Sementara itu, bagi Saratok sendiri, masalah tekanan air yang dialami penduduk di kawasan itu dan beberapa kampung di sekitarnya disifatkan sudah berjaya diselesaik­an melalui pembinaan Loji Rawatan Air Kaki Wong.

“Ia yang siap dibina pada penghujung 2014 membabitka­n peruntukan RM114 juta mampu membekalka­n 25 juta liter air sehari. Selain Saratok, bekalan air dari loji berkenaan turut disalurkan ke Tengalat, Melupa, Hulu Krian, Debak, Pusa, Beladin dan Roban.

“Di Parlimen Saratok, peratusan liputan bekalan air bersih kini mencapai 75 peratus. Hanya kawasan pesisir seperti Kampung Kaba, Kali, Perpar dan Lubuk Nibong masih belum menikmati kemudahan itu. Kawasan seperti Ibus, Brayang dan sebahagian Ulu Roban pula mendapat bekalan air bersih mereka dari Loji Rawatan Air Lichok," katanya. Ahli Parlimen Saratok

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia