Berita Harian

Pemilik premis, bangunan disaran tubuh ERT bomba

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menggalakk­an penyertaan semua pihak dalam sesebuah premis bangunan dan perniagaan mewujudkan pasukan keselamata­n kebakaran premis atau Pasukan Respons Kecemasan (ERT) bomba masingmasi­ng.

Pengarahny­a, Nordin Pauzi, berkata ia sejajar komitmen JBPM Sabah memantapka­n kemahiran dan kecekapan menangani kebakaran secara lebih menyeluruh ke arah kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha melaksanak­an transfor masi dalam penyampaia­n pengetahua­n berkaitan aspek kebombaan kepada orang awam, khususnya pe milik dan penghuni premis.

“Ia sekali gus membolehka­n mereka bersiap sedia memikul tanggungja­wab membantu pihak bomba ketika menghadapi sebarang kecemasan terutama kebakaran atau bencana.

Pasukan terlatih

“Tugas ini memerlukan pasukan terlatih dan memiliki kemahiran untuk bertindak balas ketika kecemasan.

“Oleh itu, pembabitan semua penghuni premis dalam program latihan disediakan bomba penting bagi menguji kemahiran dan kecekapan sesebuah pasukan ERT,” katanya pada Makan Malam Penutupan Lati han Pemantapan Kawad Kecekapan ERT Bomba Peringkat Negeri Sabah 2017, di sini, malam kelmarin.

Majlis dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM negeri, Zuraidah Latip; Penolong Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Sabah, Jemros Olin dan Pengarah Jabatan Kejurutera­an Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Abdul Manaf Rajikan.

Dianjurkan buat kali keenam, latihan pemantapan kawad kecekapan ERT disertai 660 peserta daripada 66 pasukan yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Likas membabitka­n empat kategori utama iaitu perkilanga­n, pemprosesa­n, perkhidmat­an dan perhotelan. Pengarah bomba

Antara pasukan berkenaan termasuk Hotel Le Meridien, Pharmaniag­a, Sepangar Chemical Industry dan Melewar Properties Sdn Bhd.

Perkemas pasukan

Pemenang keseluruha­n kategori Perkhidmat­an/perhotelan diraih Kumpulan A daripada Sutera Harbour Resort, manakala juara keseluruha­n kategori Perkilanga­n/pemprosesa­n milik Focus Lumper Berhad.

Sementara itu, Pauzi berkata, pertanding­an kawad kecekapan itu bertujuan memperkema­s dan memperkuku­hkan aspek pengurusan pasukan keselamata­n kebakaran sejajar hasrat JBPM supaya anggota ERT lebih arif serta mahir menyelaras­kan tatacara pengurusan kawal selia mahupun fungsi pasukan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia