Berita Harian

PUNB bakal buka 2 lagi pejabat cawangan di Sabah

Buka dua premis di Inanam dan Tawau

- Oleh Suzianah Jiffar

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan membuka dua lagi cawanganny­a di Sabah, iaitu di Inanam dan Tawau, pada tahun ini bagi memudahkan usahawan mendapat maklumat terkini mengenai skim pembiayaan PUNB.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam, berkata pejabat cawangan PUNB di Inanam dijangka beroperasi pada bulan depan, manakala di Tawau pada Januari, dengan masing-masing menempatka­n 10 pekerja.

Beliau berkata, pembukaan pejabat baharu itu selaras dengan matlamat PUNB yang menyasarka­n RM100 juta skim pembiayaan PUNB kepada usahawan di negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun depan.

“Pada masa ini, skim pinjaman PUNB kepada usahawan di Sabah hanya RM48 juta daripada RM2.7 bilion untuk seluruh negara. Kita mahu memperting­katkan pembiayaan kita kepada usahawan di negeri ini.

“Sehubungan itu, kita berharap dengan pembukaan dua pejabat cawangan yang baharu ini, lebih ramai usahawan khususnya wanita akan mengambil peluang untuk mendapatka­n pembiayaan perniagaan daripada PUNB,” katanya pada sidang media selepas Program PROSPERNIT­A PUNB 2017, di sini, semalam.

Rebut peluang

Program itu dirasmikan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah PUNB yang juga Pengerusi Program PROSPERNIT­A PUNB, Datuk Jamelah A Bakar dan Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita (Iksnita) Sabah, Dayang Khatijah Datu Bactiyal.

Pada masa sama, Mohd Ali juga mahu lebih ramai usahawan wanita di Sabah mengambil peluang dalam skim pembiayaan PUNB.

“Kita mahu dalam enam bulan pertama pada tahun depan, usahawan wanita di Sabah akan seiring dengan usahawan lelaki,” katanya.

Terdahulu, Musa berharap lebih ramai usahawan di negeri ini khususnya wanita mengambil peluang dan ruang disediakan PUNB bagi meningkatk­an perniagaan mereka.

“Jika mahu maju, kita kena rajin hadir dalam apa juga seminar, kursus atau bengkel perniagaan dianjurkan manamana pihak termasuk PUNB.

“Jadi, saya berharap usahawan wanita akan mengambil peluang dalam program anjuran PUNB ini bagi meningkatk­an lagi perniagaan mereka,” katanya.

PUNB kini hanya mempunyai satu pejabat di Sabah iaitu di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kota Kinabalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia