Berita Harian

7 bangkai penyu ditemui di Semporna

-

Semporna: Tujuh lagi bangkai penyu ditemui orang awam di Pulau Mabul, Semporna, pada jam 10.51 malam kelmarin.

Seorang lelaki yang memuat naik video secara langsung menerusi laman sosial Facebookny­a yang dikenali sebagai ‘Joe Starzz’menyatakan bahawa tujuh bangkai penyu berkenaan diikat bersama ditemui hanyut ke kawasan berhampira­n resort pulau itu.

Menerusi tiga video yang dibuat secara langsung dengan keseluruha­n berdurasi lebih setengah jam itu, turut kelihatan perut penyu itu dalam keadaan terburai.

Pemilik akaun Facebook itu turut memaklumka­n bahawa dia dan rakan yang lain cuba membawa bangkai berkenaan ke kawasan yang jauh dari tumpuan pelancong.

“Saya sudah 11 tahun bekerja di resort ini dan ini pertama kali saya melihat bangkai penyu akibat tindakan individu tidak bertanggun­gjawab,“katanya di sini semalam.

Jabatan siasat

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata pihaknya akan menjalanka­n siasatan berhubung penemuan bangkai penyu di pulau berkenaan.

“Empat pegawai jabatan ini dari Semporna sudah diarahkan ke lokasi penemuan bangkai berkenaan untuk siasatan lanjut. Kita juga sudah mengenal pasti suspek terbabit dan kini dalam perhatian.

“Kes membabitka­n penyu kini semakin serius kerana ia membabitka­n hidupan marin yang semakin pupus dan menjadikan haiwan dilindungi untuk mendapatka­n duit,“katanya.

Pada Khamis lalu, kira-kira 100 rangka penyu hijau ditemui di kawasan semak berhampira­n pantai Kampung Pantau-pantau, Kampung Amboh-amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-bum, Semporna.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia