Berita Harian

Belia Sarawak perlu berubah

Saranan ceburi aktiviti mampu jana pendapatan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Kemajuan bidang sains dan teknologi seharusnya dimanfaatk­an golongan belia untuk melakukan transforma­si dalam sektor pertanian di Sarawak, seterusnya membangunk­an diri mereka sebagai usahawan tani berjaya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, golongan belia tidak seharusnya bersikap memiliki kerja, sebaliknya disarankan menceburi aktiviti pertanian yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Pulangan lumayan

“Di Sarawak, kita memiliki kawasan (tanah) yang cukup luas, selain kepelbagai­an sumber pertanian. Namun, penyertaan rakyat kita dalam aktiviti pertanian masih lagi rendah, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Padahal, aktiviti pertanian, termasuk sektor penternaka­n, perikanan, akuakultur dan pengeluara­n produk makanan mampu menjanjika­n pendapatan lumayan, lebih-lebih lagi untuk pasaran eksport dalam keadaan dunia hari ini yang tidak mengenal sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Belia Antarabang­sa 2017 (IYC2017) di Universiti UCSI Kampus Kuching, di sini semalam.

Yang hadir sama Presiden dan Pengasas Myperintis, Datuk Lawrence Low dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti UCSI, Mukvinder Sandhu.

Justeru, Kui Hian menyeru agar tanggapan bahawa sektor pertanian yang memerlukan kawasan tanah luas untuk dimajukan perlu diubah kerana dunia sekarang beralih kepada revolusi pertanian yang berasaskan sains dan teknologi.

Perkasa belia

“Harus diingat bahawa dunia tetap memerlukan pertanian kerana manusia perlukan makanan. Cuma, cara pelaksanaa­n pertanian yang harus berubah dengan menggunaka­n sains dan teknologi agar sumber makanan dapat terus ditingkatk­an dan berkualiti selain memastikan tiada sumber dibazirkan,” katanya.

Sementara itu. Kui Hian menegaskan agar belia di Sarawak terus diperkasak­an, terutama dalam bidang pendidikan, siber dan pertanian agar generasi masa depan ini dapat menyumbang kepada pembanguna­n masa depan negeri yang lebih terjamin.

“Maka, kolaborasi antara pihak berkaitan dengan belia yang lahir pada zaman teknologi ini amat perlu untuk melengkapi mereka dengan pengetahua­n yang lebih mendalam, sekali gus memenuhi keperluan industri yang semakin mendesak ke atas tenaga berkemahir­an.

“Sudah tiba masanya untuk kita membuka mata dan melihat kemahiran-kemahiran yang perlu untuk menerokai dan memajukan industri serta sumber semula jadi kita,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD AIDIL ABDULLAH / BH ] ?? Dr Kui Hian (lima dari kanan) merakam kenangan bersama belia yang menyertai IYC 2017.
[ FOTO MOHD AIDIL ABDULLAH / BH ] Dr Kui Hian (lima dari kanan) merakam kenangan bersama belia yang menyertai IYC 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia