Berita Harian

Murid Tahun Lima sedia hadapi UPSR 2018

Persediaan awal, pastikan kecemerlan­gan

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Persediaan bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menduduki peperiksaa­n itu, sebenarnya tidak hanya bermula pada hari pertama menjejak kaki ke Tahun Enam tetapi sebaliknya persiapan awal sewaktu di Tahun Lima lagi.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(2), Encik Hussin Ismail berkata, murid yang berada di Tahun Lima perlu membuat persediaan awal agar tidak tercicir atau cemas di saat akhir melalui persediaan awal yang dilakukan.

Beliau berkata, calon UPSR 2018 boleh mengambil inisiatif S.E.D.I.A iaitu S untuk Sikap, E (Energy/tenaga), D (Doa), I (Ilmu) dan A (Akhlak).

“Persediaan awal bukan sahaja untuk meraih keputusan cemerlang tapi dapat membentuk keperibadi­an positif melalui disiplin diri tidak kira dalam mengulang kaji atau aktiviti sosial harian seseorang calon,” katanya.

Encik Hussin berkata, calon perlu sentiasa bersikap positif seperti jujur pada diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling bagi membentuk sahsiah terpuji seterusnya mengenal pasti kekuatan serta kelemahan diri.

“Selepas mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, beusahalah memperbaik­inya. Bagi calon yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah masingmasi­ng untuk mendapatka­n nasihat atau panduan,” katanya.

Sentiasa bersemanga­t

Selain itu, Encik Hussin berkata, setiap calon perlu sentiasa bersemanga­t (Energy) untuk berjaya dan cemerlang.

“Pada masa sama, sentiasa menjaga kesihatan diri termasukla­h pengambila­n makanan seimbang dan sihat. Generasi muda mudah terdedah dengan makanan tidak sihat sehingga menyebabka­n ada yang mudah jatuh sakit.

“Pengambila­n makanan yang tidak sihat bukan sahaja perlu dielakkan menjelang hari peperiksaa­n sahaja, namun perlu diamalkan dari awal lagi.

“Kurangkan juga mengambil makanan bergula tinggi atau makanan ringan kerana boleh mengakibat­kan pelbagai penyakit hingga boleh menjejaska­n tumpuan belajar,” katanya.

Beliau berkata, calon juga diingatkan untuk banyak berdoa dan memperoleh sebanyak mungkin ilmu tidak kira melalui pembacaan atau latihan.

“Kini, banyak set soalan latihan disediakan oleh penerbit buku atau pembelajar­an secara dalam talian. Inisiatif membuat latihan melalui sisipan BH Didik juga boleh dibuat oleh calon UPSR 2018.

“Jangan suka memberi alasan bahawa tempoh menjelang peperiksaa­n UPSR masih jauh, sebaliknya ia perlu diisi dengan perkara berfaedah seperti mengulang kaji dan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada persiapan seseorang calon,” katanya.

Encik Hussin berkata, calon juga perlu menjaga akhlak mereka terutama dengan ibu bapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia