Berita Harian

Patriotism­e rakyat Malaysia pastikan tak bermusim

-

Jika dilihat pada senario tahunan, bila tamat bulan kemerdekaa­n maka pergilah rasa patriotism­e dalam diri yang menyambut Merdeka secara bermusim.

Bulan kemerdekaa­n adalah bulan yang akan membawa kita menghidupk­an semula roh patriotism­e dalam diri. Apabila berlalu sahaja Merdeka maka berehatlah sebentar patriotism­e dalam diri.

Mungkin ada saki baki patriotism­e yang wujud dalam masyarakat. Tetapi, bagaimana hendak dibuktikan patriotism­e ini apabila persediaan Sukan Para ASEAN tidak semeriah Sukan SEA?

Kenapa skuad Harimau Malaya yang sedang bertarung dalam Kelayakan Piala Asia tidak menerima sambutan? Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini lebih berfokus di Borneo sematamata.

Sudah hilangkah semangat patriotism­e kita bersama tamatnya bulan kemerdekaa­n dan Sukan SEA?

Mungkin kenyataan ini silap. Mungkin segala persoalan ini hanyalah sekadar pendapat negatif yang hadir daripada pengalaman lampau seorang masyarakat biasa dalam negara majmuk ini.

Suntik roh patriotism­e

Justeru, beberapa langkah alternatif mengekalka­n patriotism­e boleh memastikan patriotism­e tidak bermusim.

Pertama, kerajaan tidak boleh berhenti dengan segala usaha menyuntik roh patriotism­e dalam masyarakat.

Kempen Negaraku, yang memperliha­tkan nyanyian Aku Negaraku berkumanda­ng dengan kerap di corong saluran media, pejabat kerajaan, dan sekolah adalah pembakar semangat patriotism­e yang sangat bagus.

Media arus perdana harus berfungsi sepanjang masa menyorakka­n semangat cintakan tanah air menerusi saluran penyampaia­n yang mereka miliki. Kisah perjuangan menuntut kemerdekaa­n bukan hanya disiarkan pada Ogos sahaja. Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan bukanlah filem wajib tayang di bulan kemerdekaa­n semata-mata. Seperti juga penghasil filem mengeluark­an filem yang cuba menggarap cinta terhadap tanah air, agama dan bangsa tanpa mengenal masa.

Ketengah elemen perpaduan

Cerita berkualiti seperti Ola Bola,

Adiwiraku, Upin Ipin dan Boboi Boy yang mengetenga­hkan elemen perpaduan, kemerdekaa­n, kepelbagai­an yang menghembus roh patriotism­e dalam diri.

Selain itu, masyarakat harus sentiasa mengambil tahu ciri yang mampu membangkit­kan semangat cintakan tanah air dalam diri kita. Apalah ertinya mengaku diri sebagai warga negara jika kita langsung tidak kenal tanah tumpah darah ini.

Siapa lagi yang ingin mempelajar­i dan menyampaik­an kisah kemerdekaa­n jika bukan kita pemilik kad pengenalan warga negara Malaysia yang berdaulat ini.

Kecaknaan kita adalah kecintaan kepada tanah air. Semakin kita mengenali bumi majmuk ini, selagi itulah kita mampu menzahirka­n semangat patriotik dalam diri.

Terima kasih Malaysia kerana memperliha­tkan kepada kami indahnya perpaduan. Demi 14 jalur yang melintang, 14 bucu bintang, kami akan pastikan bendera Jalur Gemilang dikibar megah sepanjang masa.

Marilah sama-sama berjanji, kita tidak akan memberhent­ikan patriotik sehingga 16 September sahaja apabila patriotism­e tidak bermusim lagi.

Bulan kemerdekaa­n adalah bulan yang membawa kita menghidupk­an semula roh patriotism­e dalam diri. Apabila berlalu sahaja Merdeka maka berehatlah sebentar patriotism­e dalam diri”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kempen berterusan dapat mengelakka­n semangat patriotism­e bermusim terjadi dalam kalangan rakyat negara ini.
[FOTO HIASAN] Kempen berterusan dapat mengelakka­n semangat patriotism­e bermusim terjadi dalam kalangan rakyat negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia