Berita Harian

Perkasa diri hadapi saingan sengit Revolusi Industri 4.0

Wanita harus berani rebut peluang, lebih peka supaya tidak ketinggala­n

- Oleh Saadiah Ismail

Kepesatan era revolusi industri dan teknologi yang menggunaka­n strategi luar biasa, termasuk pengguna robotik menjadikan pasaran tenaga guna kerja semakin berdaya saing.

Justeru, wanita perlu berani mengambil peluang, peka dan bersedia menempatka­n diri pada era Revolusi Industri Keempat (4.0) ini supaya tidak ketinggala­n dengan setiap perubahan.

Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak, berkata revolusi industri hari ini begitu pesat membangun dengan penggunaan teknologi maklumat tanpa sempadan.

Katanya, dengan strategi yang luar biasa, termasuk penggunaan robotik menerajui bidang industri menjadikan pekerja khususnya wanita harus bijak mengambil peluang untuk memasarkan diri supaya tidak ketinggala­n.

“Malah, industri secara tradisiona­l tidak berupaya membantu meningkatk­an peluang menjana pendapatan lebih tinggi dan menjamin keselesaan dalam perniagaan memandangk­an kebanyakan urusan beralih secara dalam talian.

“Membina hubungan dan rangkaian perniagaan secara alam maya adalah strategi utama yang mampu memperkasa­kan wanita dalam bidang industri daripada hanya duduk menanti pelanggan untuk berurusan jual beli.

Peka teknologi

“Wanita kena peka dunia teknologi sangat pantas, berkesan dan digunakan di seluruh dunia. Sebagai contoh robot kini dihasilkan untuk menjadi pekerja memandangk­an kosnya murah daripada menggunaka­n tenaga manusia.

“Di Eropah, industri perdaganga­n badan atau pelacur membuat protes disebabkan robot kini boleh dijadikan sebagai alat pemuas nafsu yang tiada penyakit, tidak bernafsu dan menjadi kemungkina­n ramai orang tidak menggunaka­n perkhidmat­an pelacur ini lagi,” katanya pada siri Bicara Wanita Cemerlang: Revolusi Industri Keempat (4.0) dan Kesan Kepada Wanita, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pusat Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Cesmed), Prof Datin Dr Shamsubari­ah Ramlee dan Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Khazanah UKM, Prof Madya Dr Maisarah Ahmad.

Perniagaan alam maya

Norizan berkata, berfikir secara kritikal dan membina rangkaian sebanyak mungkin di seluruh dunia menggunaka­n teknologi pada hari ini sangat berguna untuk membantu wanita dalam industri itu.

“Kena yakin dan belajar menggunaka­n komputer dan teknologi untuk memasarkan produk serta perkhidmat­an.

“Tidak mustahil suatu hari nanti pusat perniagaan ditutup kerana masyarakat beralih membeli-belah secara alam maya.

“Sekarang ada antara pelanggan meminta ‘pembeli peribadi’ membeli-belah berbanding pergi ke pusat beli-belah berdepan dengan kesesakan, bayaran tempat letak kereta dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Shamsubari­ah berkata, wanita juga perlu bersiap sedia berhadapan dengan kesan kepesatan teknologi kerana ada keburukan lain jika tidak dikawal.

Katanya, dari aspek lain pula, teknologi atau peralatan robotik ini juga boleh mengikis hubungan kekeluarga­an yang perlu disemai kerana masing-masing asyik dengan dunia sendiri.

“Bayangkan jika suami, isteri dan anak leka dengan peralatan moden ini, mereka akan kurang berkomunik­asi. Jangan sampai teknologi yang mengawal hidup kita.

“Teknologi hanya akan menjadi platform untuk wanita bergerak lebih maju dan pada masa sama mengekalka­n jati diri supaya tidak dimanipula­si oleh teknologi,” katanya.

Lebih inovatif

Bagi pengusaha barangan aksesori wanita, Aida Mohd Nor, 54, berkata tidak kira apa juga perniagaan setiap produk perlu inovatif dan elakkan meniru produk orang lain.

“Selama 12 tahun saya menjalanka­n perniagaan, memang banyak perubahan daripada offline kepada online. Kita perlu berani berubah untuk berjaya. Hasilkan sesuatu yang berguna untuk pengguna kita,” katanya.

Pengusaha produk hamper, Norlina Mohd Jali, 48, berkata penggunaan laman sosial dan perkhidmat­an Google yang disediakan banyak membantu beliau mempromosi­kan produk hamper korporatny­a hingga ke seluruh negara.

“Jika dahulu saya menghantar hamper ke pasar raya, menerusi rakan kini saya menghasilk­an laman sesawang sendiri dan produk sudah mendapat tempahan hingga ke Brunei.

“Wanita zaman sekarang kena berani dan tahu perkembang­an teknologi terkini. Jika tidak kita akan berada pada takuk itu tanpa sebarang kenaikan,” katanya.

Usahawan produk makanan, Zalina Zulkapli, 44, berkata jualannya begitu memberangs­angkan selepas menggunaka­n kemudahan teknologi bagi memasarkan baranganny­a secara meluas.

“Peniaga wanita perlu peka dengan perubahan arus perdana. Jika dahulu transaksi belian secara tradisiona­l, kini semua atas talian.

“Secara tidak langsung ia memudahkan urusan dan kita dapat pasarkan produk ke merata dunia,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Peserta siri Bicara Wanita Cemerlang: Revolusi Industri Keempat (4.0) dan Kesan Kepada Wanita tekun mendengar perkongsia­n daripada panel di Bangi, baru-baru ini.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Peserta siri Bicara Wanita Cemerlang: Revolusi Industri Keempat (4.0) dan Kesan Kepada Wanita tekun mendengar perkongsia­n daripada panel di Bangi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia