Berita Harian

PERBICARAA­N KES BEKAS TIMBALAN KP JPJ

-

Datuk Yusoff Ayob dakwa dua pegawai penguat kuasa ada niat jahat untuk menjatuhka­n beliau

Putrajaya: Negara bakal memiliki Kompleks Endokrin pertama yang akan dibina di Hospital Putrajaya di Presint 7 di sini, membabitka­n peruntukan hampir RM365 juta dan dijangka siap menjelang 2020.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata kompleks berkenaan akan menjadi pusat rujukan kepada pesakit endokrin dewasa dan kanak-kanak, pembedahan endokrin serta pembedahan neuro-endokrin yang tidak terhad kepada pesakit di sekitar Putrajaya sahaja, sebaliknya menerima kes dari seluruh negara.

“Pembinaan kompleks ini juga selaras dengan keperluan masa kini untuk mewujudkan pengurusan atau pendekatan pelbagai disiplin dalam bidang endokrinol­ogi.

Pusat penyelidik­an, pakar endokrinol­ogi

“Selain menjadi pusat penyelidik­an, saya percaya ia akan menjadi sebuah institusi untuk melatih dan menghasilk­an lebih ramai pakar endokrinol­ogi sama ada dalam bidang perubatan atau pembedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Tambahan Blok Baharu (Kompleks Endokrin) Hospital Putrajaya di Presint 7 di sini, semalam.

Penyakit endokrin adalah gangguan terhadap sistem endokrin seperti gangguan adrenalin, homeostasi­s glukosa, tiroid, homeostasi­s kalsium dan penyakit metabolism­e tulang, kelenjar pituitari dan hormon seks.

Miliki dua blok bangunan 10 tingkat

Kompleks Endokrin Hospital Putrajaya dibina merangkumi dua blok, masing-masing berkeluasa­n 418 meter persegi dan 232 meter persegi setinggi 10 tingkat. Antara kemudahan yang disediakan ialah 220 katil pesakit serta klinik pakar di aras dua dan tiga yang mampu menampung lebih 500 pesakit dalam satu masa.

Ia turut mempunyai unit rawatan rapi (ICU) dan unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU), wad endokrin kanak-kanak, wad endokrin dewasa serta wad pembedahan.

Mengulas lanjut, Dr Subramania­m berkata, pembinaan kompleks itu diharap berjalan lancar mengikut tempoh ditetapkan, sekali gus memberi perkhidmat­an kepada pesakit luar dan pesakit dalam bagi kategori penyakit endokrin dari seluruh negara.

“Tidak ada kompleks dikhususka­n untuk penyakit selain jantung (Institut Jantung Negara). Jadi, Kompleks Endokrin ini adalah yang pertama, sekali gus menjadikan Hospital Putrajaya sebagai pusat rujukan bagi penyakit ini.

“Ini bermakna pesakit akan datang ke sini dari seluruh negara kerana jenis penyakit ini adalah lebih rumit dan sukar ditangani di hospital lain kerana ia bukan penyakit ringan,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? S Subramania­m mendengar penerangan daripada Pengarah Pembinaan Jabatan Kerja Raya, Datuk Mohamad Sahimi Arshad (kiri) pada Majlis Pelancaran Projek Tambahan Blok Baharu (Kompleks Endokrin)
Hospital Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] S Subramania­m mendengar penerangan daripada Pengarah Pembinaan Jabatan Kerja Raya, Datuk Mohamad Sahimi Arshad (kiri) pada Majlis Pelancaran Projek Tambahan Blok Baharu (Kompleks Endokrin) Hospital Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia