Berita Harian

BONUS SEBULAN GAJI

Penganalis­is jangka bonus sebulan untuk kakitangan awam

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Penganalis­is ramal imbuhan untuk kakitangan awam, penetapan gaji minimum bagi graduan

Bajet 2018 yang akan dibentangk­an pada 27 Oktober ini dijangka menumpukan kepada pelbagai langkah meringanka­n beban rakyat, kata penganalis­is.

Ia termasuk beberapa inisiatif untuk meningkatk­an pendapatan boleh guna sebagai cara menangani kenaikan kos hidup.

Ketua Ahli Ekonomi Alliancedb­s Research, Manokaran Mottain, berkata langkah berkenaan akan dilaksanak­an tanpa memberikan kompromi terhadap usaha pengukuhan dan pengurusan fiskal berhemah oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan dijangka mengumumka­n bonus sebulan kepada penjawat awam dan RM500 untuk pesara.

Walaupun beberapa petunjuk membayangk­an pertumbuha­n perbelanja­an persendiri­an yang stabil, adalah penting bagi kerajaan terus melaksanak­an dasar yang dapat memantapka­n lagi permintaan domestik dalam usaha mengekalka­n pemulihan sentimen pengguna.

Jangka BR1M dinaikkan

“Justeru, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berkemungk­inan akan diteruskan, dengan peruntukan lebih tinggi RM1,300 bagi setiap isi rumah yang berpendapa­tan RM3,900 dan ke bawah,” katanya dalam satu nota.

Maybank Investment Bank (IB) Research di dalam notanya pula berkata, Bajet 2018 akan mengandung­i beberapa ‘buah tangan’, dengan BR1M sekali lagi menjadi antara yang utama.

“Kami menjangkak­an bantuan BR1M akan dinaikkan RM100 bagi setiap penerima, ditambah pula dengan bantuan lain untuk kumpulan sasar tertentu seperti isi rumah luar bandar khususnya dalam sektor pertanian dan perladanga­n; isi rumah berpendapa­tan rendah bandar; penjawat awam; veteran keselamata­n awam dan orang asli,” katanya.

Firma penyelidik­an itu juga tidak menolak kemungkina­n dilaksanak­an pemotongan cukai pendapatan peribadi, namun menjangkak­an semakan semula ke atas pelepasan cukai yang tidak berubah sejak beberapa tahun.

Antaranya, ia berkata, semakan semula ke atas pelepasan cukai peribadi RM9,000 bagi individu (sejak 2011); RM6,000 bagi premium insurans nyawa, caruman dana diluluskan dan dana persaraan swasta (sejak 2012); dan RM3,000 bagi premium insurans bagi pendidikan atau manfaat perubatan (sejak 2000).

“Kami juga menjangkak­an langkah berikutnya akan dilaksanak­an dalam perumahan mampu milik seperti penubuhan badan kawal selia tunggal untuk memantau pasaran rumah mampu milik, insentif skim ‘sewa untuk beli’ sebagai alternatif kepada langkah sedia ada untuk menyediaka­n pembiayaan dan kos transaksi lebih rendah bagi membeli rumah sedemikian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia