Berita Harian

AMARAN JABATAN METEOROLOG­I

Peralihan monsun diramal landa sebahagian Semenanjun­g, Sabah, Sarawak mulai hari ini

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Jangkaan ribut petir, banjir kilat, puting beliung mulai hari ini hingga November

Peralihan monsun yang diramal bermula hari ini sehingga awal bulan depan, dijangka menyebabka­n ribut petir, banjir kilat dan ribut.

Angin kencang juga diramal menghasilk­an hujan batu di beberapa tempat dan puting beliung berskala kecil susulan pembentuka­n awan kumulunimb­us.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia, Alui Bahari, berkata pada masa sama, kawasan serantau negara ini akan menerima tiupan angin dari pelbagai arah dengan kelajuan lemah.

Hujan waktu petang, malam

“Dalam tempoh ini, kejadian hujan lebat dan ribut petir dalam waktu singkat, serta angin kencang lebih kerap berlaku, terutama pada waktu petang dan awal malam.

“Keadaan ini biasanya berlaku di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjun­g, pantai barat Sabah, kawasan barat serta tengah Sarawak,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, peralihan monsun biasa berlaku setiap tahun, tetapi kesannya tidak serius berbanding cuaca musim tengkujuh yang diramal November ini.

“Elakkan meletak kenderaan di kawasan mempunyai banyak pokok tinggi dan papan tanda yang dikhuatiri boleh tumbang akibat angin kencang atau ribut petir,” katanya.

Maklumat terkini berkaitan cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorolog­i Malaysia atau www.met.gov.my, aplikasi mobil-mycuaca, Facebook malaysiame­t, Twitter @malaysiame­t atau MMD Hotline di talian 1300 22 1MET (1638).

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Orang ramai diingatkan supaya tidak meletak kenderaan bawah pokok berikutan ramalan angin kencang.
[FOTO HIASAN] Orang ramai diingatkan supaya tidak meletak kenderaan bawah pokok berikutan ramalan angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia