Berita Harian

Tragedi beri kesan kepada PM, keluarga

Pelajar tahfiz kunjungi kediaman peribadi Najib setiap Khamis bagi majlis solat hajat, bacaan Yasin

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, memberi kesan amat mendalam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekeluarga kerana hubungan rapat yang terjalin dengan pengurusan dan pelajarnya.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pelajar tahfiz berkenaan amat istimewa dan dekat dalam hati keluargany­a kerana sering bersama beribadat seperti membaca Yasin dan solat hajat pada setiap Khamis sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka sering hadir di kediaman peribadi keluargany­a di Taman Duta, Kuala Lumpur, termasuk menyerikan majlis khatam al-quran dan solat sunat Tarawih berjemaah pada Ramadan lalu.

“Apabila dikenang, begitu banyak detik indah saya sekeluarga bersama anak-anak ini. Tak dapat dinafikan perasaan sayu apabila terbayangk­an wajah suci dan gelagat ceria mereka.

Kehilangan amat dirasai

“Kehilangan mereka amat dirasai dan pahit untuk dikenang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Keluarga dan Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Seri Perdana, di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Najib, yang meluangkan masa 15 minit dengan keluarga mangsa.

Sejumlah RM1.6 juta sumbangan disampaika­n masing-masing berjumlah RM288,000 daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteriiste­ri (BAKTI) serta Tabung Kesejahter­aan dan Kanak-kanak.

Daripada sumbangan BAKTI dan Tabung Kesejahter­aan dan Kanak-kanak, setiap waris yang hilang ahli keluarga menerima RM10,000, pelajar cedera (RM6,000) dan pelajar terselamat (RM2,000).

Selebihnya, RM1.3 juta yang disumbangk­an individu enggan dikenali dengan RM50,000 diberikan kepada setiap waris kehilangan ahli keluarga; pelajar cedera (RM20,000) dan pelajar selamat (RM5,000).

Sumbangan ringan beban

Rosmah berharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban mereka yang terbabit dalam tragedi kirakira jam 5.15 pagi pada 14 September lalu itu.

Waris mangsa, Hartini Abdul Ghani, 48, berkata pelajar pusat tahfiz itu teruja setiap kali Khamis kerana dapat mengunjung­i kediaman Perdana Menteri untuk majlis bacaan Yasin dan solat hajat.

Beliau berkata, arwah anaknya, Nik Mohd Ridzun Nik Azalan, 12, yang terkorban dalam tragedi itu, sering bercerita mengenai rasa gembira ke kediaman pemimpin berkenaan kerana layanan mesra keluarga Perdana Menteri.

Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri

Pada majlis berasingan, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyampaik­an sumbangan RM230,043 kepada waris mangsa kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Bantuan itu hasil sumbangan peribadi Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama kakitangan, agensi serta jabatan di bawah kementeria­n berkenaan.

Ismail Sabri berkata, beliau tersentuh dengan tragedi itu kerana mengenali pelajar tahfiz secara peribadi, pernah makan dan berbuka puasa bersama mereka.

Sementara itu, katanya, program pemeriksaa­n pendawaian elektrik secara percuma dan pendawaian semula di pusat tahfiz di seluruh negara anjuran GIATMARA dijangka dilaksanak­an tidak lama lagi.

Beliau berkata, bantuan itu akan dimulakan selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaa­n keselamata­n yang dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.

Apabila dikenang, begitu banyak detik indah saya sekeluarga bersama anak-anak ini. Tidak dapat dinafikan perasaan sayu apabila terbayangk­an wajah suci dan gelagat ceria mereka”

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Rosmah bertanya khabar keluarga mangsa pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Keluarga dan Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Rosmah bertanya khabar keluarga mangsa pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Keluarga dan Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Ismail Sabri bersama keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h pada majlis penyampaia­n sumbangan di Putrajaya, semalam.
Ismail Sabri bersama keluarga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h pada majlis penyampaia­n sumbangan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia