Berita Harian

Lebih banyak projek mampu milik akan dibangun

-

Subang Jaya: Rancangan pembanguna­n dan skim perumahan mampu milik akan terus menjadi perhatian kerajaan dalam Bajet 2018.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata kesukaran golongan muda memiliki rumah adalah salah satu isu menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam merangka bajet yang menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Justeru, rakyat boleh menjangkak­an lebih banyak skim dan projek (perumahan mampu milik) akan dilaksanak­an. Usaha ini akan diteruskan pada Bajet 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Sidang Kemuncak Hartanah & Perumahan Negara Ke-20 bertemakan 'Keadaan Industri Hartanah & Perumahan – Di Mana Hala Tuju Kita Dari Sini' di sini, semalam.

Noh berkata, setakat ini kerajaan sudah membina lebih 75 peratus daripada sejuta unit rumah mampu milik yang disasarkan kepada kumpulan berpendapa­tan rendah.

Tambah rumah mampu milik

Berikutan itu, katanya, kerajaan merancang membina lebih banyak rumah mampu milik di seluruh negara pada masa akan datang sambil disokong pemaju swasta.

“Bagi menyediaka­n rumah mampu milik di Malaysia dan mencapai sasaran membina sejuta unit rumah sedemikian, pelbagai agensi kerajaan sedang menjalin kerjasama erat dengan sektor swasta.

“Saya juga meminta bantuan pemaju swasta tampil ke hadapan untuk menyediaka­n rumah mampu milik kepada rakyat seperti melaksanak­an skim ‘sewa untuk beli’ (RTO) dalam projek pembanguna­n persendiri­an,” katanya.

KPKT pada Ogos lalu menjelaska­n, sasaran membina sejuta unit rumah mampu milik dijangka dapat dicapai sebelum akhir tahun ini.

Syor longgar syarat pinjaman

Dalam perkembang­an lain, Noh berkata, kementeria­nnya sudah mengemukak­an cadangan kepada Bank Negara supaya mempertimb­ang melonggark­an syarat permohonan pinjaman rumah, terutama kepada pembeli rumah kali pertama.

“BNM sedar dengan cadangan kami untuk melonggark­an proses permohonan pinjaman, namun mereka masih perlu menimbang kemampuan pemohon untuk membayar balik supaya tidak menimbulka­n masalah pada masa depan.

“Mereka masih melihat kepada situasi pemilikan rumah dari sudut pandangan holistik, ia perlu menjadi situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, petunjuk ekonomi semasa memberi unjuran positif terhadap pasaran hartanah Malaysia tahun depan.

Katanya, ia akan dipacu oleh asas seperti pertumbuha­n ekonomi kukuh, peningkata­n permohonan dan kelulusan pinjaman, kestabilan mata wang, pertambaha­n perbelanja­an dan pelaburan swasta selain pelaburan infrastruk­tur kerajaan.

Bagi menyediaka­n rumah mampu milik di Malaysia dan mencapai sasaran membina sejuta unit rumah sedemikian, pelbagai agensi kerajaan sedang menjalin kerjasama erat dengan sektor swasta” Noh Omar, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia