Berita Harian

Kementeria­n sedia beri kerjasama siasatan salah guna kuasa

-

Putrajaya: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana RM100 juta untuk penganjura­n program kebajikan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya bersedia menyerahka­n segala maklumat yang diperlukan SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

“Saya difahamkan ia membabitka­n kes lama. Walaupun kes lama, mungkin fail berkaitan ada di kementeria­n ini. Jika SPRM memerlukan fail atau lain-lain perkara, kita akan serahkan.

Bantu SPRM

“Apa sahaja yang diperlukan SPRM kita akan serahkan,” katanya pada sidang media ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyampaik­an sumbangan RM230,043 hasil sumbangan peribadiny­a, kakitangan, agensi serta jabatan di bawah kementeria­n itu kepada waris dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.

Ia susulan kebakaran pusat tahfiz di ibu negara itu pada 14 September lalu yang mengorbank­an 21 pelajar serta dua tenaga pengajar pusat berkenaan.

Kes salah guna kuasa

Semalam, media melaporkan SPRM membekukan sembilan akaun bank bernilai RM151 juta bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana RM100 juta daripada peruntukan penganjura­n program kebajikan rakyat.

Difahamkan, penyelewen­gan itu membabitka­n kira-kira 10 projek di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah beberapa tahun lalu.

Walaupun kes lama, mungkin fail berkaitan ada di kementeria­n ini. Jika SPRM memerlukan fail atau lain-lain perkara, kita akan serahkan” Ismail Sabri Yaakob, Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia