Berita Harian

Cubaan tutup aib Pengerusi PPBM

JMM cabar Syed Saddiq kemuka bukti disogok ‘pegawai kanan PM’

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Syed Saddiq Abdul Rahman perlu mengemukak­an bukti dakwaannya berhubung pegawai kanan Perdana Menteri cuba memberi sogokan wang tunai RM5 juta kepada beliau sebagai balasan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, berkata pihaknya yakin dakwaan Syed Saddiq itu hanya satu pembohonga­n bagi menutup aib Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ramai ahli meninggalk­an parti itu kerana hilang keyakinan terhadap diri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Syed Saddiq perlu bentang bukti kepada semua media mengenai dakwaannya itu. Disebabkan Syed Saddiq membuat dakwaan kepada media, bukti pun perlu dibentangk­an kepada media.

“Jangan bersandiwa­ra dengan mengatakan bukti itu akan diberi kepada pihak berkuasa sahaja.

Tutup rasa malu

“Saya yakin dakwaan itu hanya satu pembohonga­n untuk menutup rasa malu Dr Mahathir susulan ramai ahli PPBM cabut lari sebab hilang keyakinan dengan Dr Mahathir dan Mukhriz,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Isnin lalu, pada sidang media khasnya di sebuah hotel di ibu negara, Syed Saddiq mendedahka­n beliau ditawarkan RM5 juta oleh ‘penasihat kanan Perdana Menteri’ untuk meninggalk­an PPBM dan menyambung pengajiann­ya di Universiti Oxford.

Azwanddin berkata, JMM yakin Syed Saddiq hanya membaca skrip ditulis Dr Mahathir kerana gaya bahasa yang dibaca menerusi skrip itu menyamai bahasa seperti dalam blog chedet.com milik Pengerusi PPBM itu.

“Lazimnya setahu saya orang memberi sogokan untuk mendapatka­n jawatan dan bukan melepaskan jawatan.

“Sebab itu ramai berpendapa­t dakwaan Raja Petra munasabah bahawa Dr Mahathir memberi sogokan kepada Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP) sebanyak RM1 bilion untuk mendapatka­n jawatan Pengerusi Pakatan Harapan dan lainlain.

“Sehingga kini Dr Mahathir dan Kit Siang masih tidak menafikann­ya kerana takut backfire,” katanya.

 ??  ?? Azwanddin Hamzah
Azwanddin Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia