Berita Harian

Pecah 100 botol arak bantah BBF17

-

Shah Alam: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, mengetuai bantahan penganjura­n Better Beer Festival 2017 (BBF17), di depan pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau yang hadir pada jam 10 pagi bersama kira-kira 20 ahli gabungan dihalang memasuki bangunan pentadbira­n kerajaan Selangor itu.

Kumpulan berkenaan yang turut membawa beberapa karton arak kemudian bertindak memecahkan lebih 100 botol minuman keras itu di pagar bangunan terbabit.

Jamal berkata, tindakan pihak tertentu yang cuba mempromosi pesta itu secara terbuka dibimbangi akan mendorong kepada gejala negatif, terutama dalam kalangan orang Islam.

“Saya tidak kisah jika Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan EXCO kerajaan negeri ingin mabuk di pejabat atau rumah masing-masing, tetapi jangan menarik rakyat negeri ini untuk sertai mereka.

“Kerajaan negeri patut tunjukkan contoh yang baik dan tidak membenarka­n pesta arak diadakan di negeri ini,” katanya ketika mengadakan bantahan di hadapan Bangunan SSAAS, di sini.

Tindakan tak sepatutnya dilakukan

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Bangunan SSAAS, Misnun Ramli, berkata tindakan kumpulan itu memecahkan botol arak tidak sepatutnya dilakukan.

“Saya cuba halang dan meminta beliau (Jamal) membersihk­an botol arak yang pecah kerana ia berada di tengah laluan keluar masuk. Bagaimanap­un, permintaan saya tidak dipedulika­n mereka,” katanya.

Pada 29 September lalu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengingatk­an pihak tertentu supaya tidak mencampuri urusan penganjura­n pesta arak BBF17 di negeri ini kerana penganjura­nnya mendapat kelulusan Majlis Perbandara­n Klang (MPK).

Bagaimanap­un, kelmarin, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata pihak berkuasa tempatan itu tidak mengeluark­an sebarang permit penganjura­n pesta itu kerana pihak penganjur gagal memenuhi syarat ditetapkan MPK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia