Berita Harian

PAS sifatkan Dr Mahathir cepat lupa

-

Kota Bharu: PAS menyifatka­n Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelupa apabila sanggup menjejak kaki ke Ibu Pejabat DAP yang dahulunya disifatkan sebagai parti cauvinis dan rasis.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata orang ramai boleh menilai semua tuduhan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu terhadap PAS, sedangkan beliau sendiri cepat lupa.

Malah, katanya, dakwaan Dr Mahathir bahawa PAS adalah punca perpecahan Melayu di negara ini juga tidak logik kerana PAS parti Melayu dan Islam.

Dr M lawat pejabat DAP

“Saya rasa Tun Dr Mahathir sudah lupa apa yang dia kata, baru-baru ini dia melawat pejabat DAP yang dahulu dia kata rasis.

“Jika mendakwa PAS ini memecahbel­ahkan Melayu, PAS sendiri adalah Melayu dan Islam kerana 99 peratus daripada ahli adalah Melayu. Mereka yang akan menyokong PAS juga sebahagian besarnya Melayu.

“Itu (dakwaan Dr Mahathir) satu perkara yang saya rasa tidak logik,” katanya selepas hadir ke majlis perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho, di sini, malam kelmarin.

Penyokong bukan Muslim

Beliau mengulas tindakan Dr Mahathir yang kali pertama dalam sejarah politiknya apabila menjejak kaki di Ibu Pejabat DAP, di ibu negara, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, dari aspek sejarah, parti di negara ini diwujud berasaskan kaum seperti MCA, MIC dan UMNO, kecuali PAS atas nama Islam.

“Itu bezanya antara UMNO dan PAS. Penyokong PAS pun ada dalam kalangan bukan Muslim walaupun mereka tidak menjadi ahli.

“Jadi mengatakan PAS memecah-belahkan orang Melayu saya rasa itu tidak betul,” katanya.

 ??  ?? Dr Mahathir bersama Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat DAP, baru-baru ini.
Dr Mahathir bersama Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat DAP, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia