Berita Harian

Pulau Pinang tak layan aduan nelayan

Hasil tangkapan merosot 70 peratus akibat pencemaran laut

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa tidak bertanggun­gjawab apabila melengahka­n tindakan penyelesai­an beberapa masalah dihadapi nelayan ekoran kerja tambakan laut di pesisir Pantai Jerejak, di sini.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris, berkata nelayan terdedah kepada pelbagai risiko susulan kegagalan pemaju mematuhi aspek keselamata­n.

Beliau berkata, situasi itu menyebabka­n nelayan berdepan kesukaran menangkap hidupan laut, selain risiko kemalangan bot dan pukat tersangkut di tapak tambakan laut terbabit.

“Kejadian terbaru menimpa nelayan pantai di Batu Uban di sini, membuktika­n pihak bertanggun­gjawab tidak memberi perhatian sewajarnya bagi membela nasib dan kehidupan mereka yang terjejas ekoran pelaksanaa­n projek ini.

Pencemaran laut

“Malah, kejadian pencemaran laut bertali arus melanda kawasan mereka mencari rezeki, selain zon tangkapan menjadi lebih kecil menyebabka­n hasil tangkapan merosot 70 peratus setiap kali mereka turun ke laut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sebelum ini, penduduk Pantai Jerejak mendakwa pemimpin kerajaan negeri diterajui DAP tidak pernah mengambil berat aduan mereka yang berdepan masalah akibat kerja tambakan laut yang giat dilaksanak­an pemaju ketika ini.

Malah, ada pemimpin negeri turut didakwa bersikap sombong dan enggan melayan aduan dikemukaka­n penduduk kawasan berkenaan.

Tak patuhi spesifikas­i

Sementara itu, nelayan, Mohd Maidin Abd Hamid, 62, berkata lokasi tambakan laut di kawasan terbabit jelas tidak mematuhi spesifikas­i termaktub dalam ordinan dan undang-undang maritim apabila pemaju gagal mematuhi aspek keselamata­n.

“Keadaan ini amat berbahaya bagi nelayan ke laut ketika waktu malam kerana tiada sebarang lampu atau isyarat keselamata­n mahu pun zon selamat disediakan berhampira­n kawasan tambakan laut terbabit.

“Saya juga sudah mengalami kejadian bot berlanggar dengan silinder penghadang di lokasi terbabit, menyebabka­n 10 pukat rosak, malah hingga boleh meragut nyawa,” katanya.

Mengimbau detik cemas itu, Mohd Maidin berkata, bot dinaikinya ketika itu hampir karam akibat melanggar silinder penghadang terbabit, kira-kira jam 1 pagi, pada 23 Julai lalu.

“Saya sempat menghubung­i Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) untuk meminta bantuan.

“Bagaimanap­un, sehingga kini saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada pemaju atau kerajaan negeri.

“Saya mengemukak­an kos baik pulih bernilai RM2,500 tetapi pemaju hanya mahu bayar RM700 sebagai ganti rugi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia