Berita Harian

Annuar bidas soalan provokatif wakil DAP

-

Bukit Mertajam: Dialog Perjuangan­4all anjuran UMNO di Wisma Transforma­si Permatang Pauh di sini, malam kelmarin mencipta ‘kelainan’ apabila turut disertai wakil kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, yang juga bekas juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengajukan soalan provokatif kepada ahli panel program berkenaan.

Zaidi mengajukan soalan mengenai laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dalam jawapannya, berkata Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa paling berpengaru­h dunia, pernah mengandaik­an Iraq menyimpan senjata kimia, sebelum negara teluk itu akhirnya musnah akibat peperangan.

“DOJ baru keluar laporan, belum buka kes dan belum ada afidavit. Bagaimana dengan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) yang sedang didakwa di mahkamah tetapi masih meneruskan tugasnya di pejabat seperti tiada apa-apa,” katanya.

DAP bersifat lebih agresif

Selain Annuar, program itu turut menampilka­n Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai ahli panel, manakala Datuk Shamsul Najmi Shamsudin bertindak sebagai moderator.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu, Annuar berkata, tindakan Zaidi itu membuktika­n DAP kini bersifat lebih agresif terhadap lawan politiknya.

“Di negeri lain ada juga peserta program daripada parti pembangkan­g, tetapi kebanyakan mereka adalah ahli biasa dan tiada jawatan tinggi seperti Zaidi.

“Tetapi di Pulau Pinang ada kelainan sedikit. DAP nampaknya lebih agresif, namun tidak mengapa, kerana saya suka soalan bersifat provokatif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia