Berita Harian

Taman permainan undang bahaya

Kanak-kanak di Pangsapuri Pandan Jaya terdedah kecederaan akibat peralatan rosak

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Keadaan kemudahan di taman permainan kanak-kanak di kawasan pangsapuri Pandan Jaya, di sini yang tidak diselengga­ra dengan baik menimbulka­n kebimbanga­n penduduk terhadap keselamata­n anak mereka.

Tinjauan mendapati banyak peralatan di taman permainan berkenaan sudah rosak dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bertanggun­gjawab.

Pekerja am, Jamalul Kiram Mohd, 43, yang sudah menetap di situ sejak 16 tahun lalu, juga kecewa kerana PBT dilihat tidak mengambil berat keselamata­n kanak-kanak kawasan berkenaan.

“Sebelum ini sudah ada kanakkanak cedera terkena peralatan yang rosak di sini tapi hanya luka kecil.

“Kalau PBT dapat baiki dan memastikan taman permainan ini sentiasa terjaga, ia akan memanfaatk­an ramai kanak-kanak di sini,” katanya.

Penduduk, Mohamed Ali Mohamed Ariffin, 55, berkata dia menyedari kerosakan kemudahan di taman permainan berkenaan ketika membawa cucunya bermain di kawasan itu, baru-baru ini.

“Sebelum ini saya tak tahu pula banyak peralatan rosak. Saya lihat pada waktu petang, ramai kanakkanak bermain di sini, jadi jadi saya pun bawa cucu untuk ke taman ini, baru-baru ini.

“Apabila cucu mahu bermain gelungsur, satu daripada tangga untuk naik ke pelantar sudah hilang. Cucu saya yang masih kecil pasti terjatuh jika cuba naik tangga itu,” katanya.

Dua taman permainan untuk 10,000 penduduk

Sementara itu, Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee pada sidang media semalam, berkata kawasan berkenaan menempatka­n kira-kira 10,000 penduduk, namun hanya mempunyai dua taman permainan.

“Bayangkan apabila waktu petang, ramai kanak-kanak datang dan bermain di taman permainan. Di kawasan pangsapuri ini sahaja, ada 50 blok kediaman.

“Dengan keadaan peralatan seperti buaian, struktur permainan serta beberapa yang lain rosak dan berkarat, kita khuatir ia mencederak­an kanak-kanak yang bermain di sini,” katanya.

Kok Wee berkata, PBT bertanggun­gjawab, iaitu Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) perlu mengambil iktibar daripada kes sebelum ini.

“Dua bulan lalu, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menerima tujuh jahitan pada mukanya yang terkena rangka papan kenyataan di sebuah taman permainan di Taman Bukit Teratai.

“Takkan nak tunggu kejadian sebegitu berulang baru nak ambil tindakan. Takkan tiada langsung sedikit peruntukan untuk baiki atau sediakan taman permainan baharu di kawasan ini.

“Kemudahan sedia ada kecil dan tidak cukup untuk menampung keperluan ramai kanak-kanak di kawasan ini,” katanya.

Sebelum ini sudah ada kanak-kanak cedera terkena peralatan yang rosak di sini tapi hanya luka kecil” Jamalul Kiram Mohd, Pekerja am Apabila cucu mahu bermain gelungsur, satu daripada tangga untuk naik ke pelantar sudah hilang. Cucu saya yang masih kecil pasti terjatuh jika cuba naik tangga itu” Mohamed Ali Mohamed Ariffin, Penduduk

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ??
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kok Wee (dua dari kanan) dan penghuni Pangsapuri Pandan Jaya menunjukka­n alat permainan kanak-kanak yang rosak di taman berkenaan.
Kok Wee (dua dari kanan) dan penghuni Pangsapuri Pandan Jaya menunjukka­n alat permainan kanak-kanak yang rosak di taman berkenaan.
 ??  ?? Antara alat permainan yang rosak dedah kanak-kanak kepada bahaya.
Antara alat permainan yang rosak dedah kanak-kanak kepada bahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia