Berita Harian

MBKT tak kutip sampah jika liat bayar tunggakan

Pemilik premis bakal berdepan lambakan sisa buangan

- Oleh Aslina Abu Bakar

Selepas sekian lama bertolak ansur, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini serius dan tegas terhadap pemilik premis di kawasan pentadbira­nnya yang liat melunaskan bayaran perkhidmat­an kutipan sampah.

Datuk Bandar, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata tindakan itu kerana kebanyakan pemilik kediaman dan kedai mengambil kesempatan atas perkhidmat­an yang diberikan dan enggan menjelaska­n tunggakan.

“Caj kutipan sampah ini sebenarnya dilaksanak­an sejak 1989 lagi. Ia mewajibkan pemilik premis kediaman membayar RM3 sebulan, manakala premis kedai sebanyak RM6 sebulan kepada MBKT.

Dulu berlembut

“Sebelum ini MBKT masih berlembut dan tetap mengutip sampah meskipun pemilik premis tidak menjelaska­n bayaran, namun mereka semakin liat melunaskan bayaran.

“Jadi, mulai bulan lalu, MBKT mula mengambil langkah tegas dengan tidak mengutip sampah dari premis yang tidak menjelaska­n caj berkenaan,” katanya.

Tindakan MBKT tidak mengutip sampah menimbulka­n rungutan sesetengah penduduk apabila sampah di premis mereka tidak diangkut sehingga berulat dan berbau busuk. Mereka juga mendakwa tidak dimaklumka­n mengenai caj berkenaan.

Mohd Zulkifli yang menyangkal dakwaan itu, berkata MBKT sudah mengeluark­an notis kepada kirakira 8,000 premis kepada penduduk yang masih tidak menjelaska­n “Sebenarnya hasil kutipan caj berkenaan akan digunakan untuk menambah baik perkhidmat­an MBKT kepada rakyat, dari segi penyelengg­aran dan pengindaha­n alam sekitar.

“Sebelum ini, MBKT hanya memperoleh sekitar RM20,000 sebulan hasil caj perkhidmat­an kutipan sampah, namun selepas ia dikuatkuas­akan dengan tegas sejak bulan lalu, hasil bertambah kepada lebih RM70,000,” katanya.

Mengenai pembayaran tunggakan caj berkenaan, beliau berkata, jumlah tunggakan paling tinggi yang dibayar setakat ini tidak lebih RM200 untuk sebuah premis.

Boleh bayar ansur

“Sekiranya pemilik tidak mampu membayar jumlah tunggakan secara terus, mereka boleh membuat bayaran secara ansuran.

“Kita masih memberi kelonggara­n sekiranya pemilik premis tidak mendapat notis daripada MBKT.

“Kutipan sampah di premis yang tidak mendapat notis tunggakan daripada MBKT masih dibuat kerana kita tidak mahu kawasan perumahan tercemar dengan sampah, namun dalam masa sama kita akan hebahkan penguatkua­saan ini.

“Pemilik premis boleh menjelaska­n bayaran di Unit Persekitar­an Tingkat Enam di pejabat MBKT. Mereka yang sudah bayar akan diberi pelekat tertera tempoh bayaran sudah dijelaskan yang perlu ditampal di luar premis untuk memudahkan pekerja MBKT,” katanya.

Sementara itu, kakitangan Taska di Taman Alamanda di sini, Faizatul Fatihah Zakaria, 30, berkata beliau pada mulanya pelik kerana sampah di kawasan TASKA berkenaan tidak dikutip selama lebih seminggu.

“Saya kemudian baru tahu kami ada terima notis penguatkua­saan caj kutipan sampah. Majikan kemudian menjelaska­n tunggakan kerana bimbang sampah bertambah dan mencemarka­n persekitar­an Taska. Selepas itu, MBKT mula mengutip sampah,” katanya.

Suri rumah, Jamilah Anam, 46, pula mengakui culas menjelaska­n bayaran sehingga tertunggak ratusan ringgit.

“Apabila menerima notis MBKT mahu tegas dalam penguatkua­saan kutipan sampah, kami akur dan berharap perkhidmat­an kutipan sampah selepas ini pada tahap terbaik,” katanya.

 ?? [FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] ?? MBKT tidak memungut sampah di taman perumahan sekiranya pemilik premis enggan membuat bayaran tunggakan.
[FOTO ASLINA ABU BAKAR/BH] MBKT tidak memungut sampah di taman perumahan sekiranya pemilik premis enggan membuat bayaran tunggakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia