Berita Harian

Nuan Nuan pulang China 14 November

-

Kuala Lumpur: Anak panda gergasi, Nuan Nuan yang kini berusia dua tahun akan dihantar pulang ke negara kelahiran kedua-dua ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China, pada 14 November ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata penghantar­an pulang itu adalah memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabang­sa Konservasi Panda Gergasi yang dimeterai bersama China pada 15 Jun 2012 bagi memulangka­n anak yang dilahirkan pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjam bagi tempoh 10 tahun.

“Ini satu keputusan yang sukar tetapi saya percaya Malaysia membuat keputusan yang betul selepas mengambil kira sifat biologi semula jadi ibu panda memisahkan diri dengan anaknya sebaik mencecah usia matang pada dua tahun.

Kehidupan habitat asal

“Biarpun mengikut perjanjian kita boleh menambah beberapa tahun lagi bagi menjaganya, apa paling penting penyerahan semula ini adalah bagi tujuan konservasi panda gergasi untuk membolehka­n ia menjalani kehidupan habitat asal di samping bergaul dengan panda lain di pusat konservasi panda di China.

“Nuan Nuan akan dihantar pulang menggunaka­n perkhidmat­an kargo dari MAB Kargo Sdn Bhd (Maskargo),” katanya pada Majlis Perpisahan Nuan Nuan di Zoo Negara di sini, semalam. Yang turut hadir, Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Seri Zaharin Md Arif dan Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Amat Lana.

Wan Junaidi berkata, Kerajaan China memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk melawat Nuan Nuan di habitat asalnya di Sichuan sekiranya berpeluang ke negara berkenaan.

Katanya, China juga mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalka­n nama asal Nuan Nuan atau memilih nama lain tetapi bagi pihak Malaysia, nama itu masih kekal.

Sementara itu, Pengarah Pusat Konservasi Panda Gergasi Dr Mat Naim Ramli, berkata Nuan Nuan dengan berat 82 kilogram kini menjalani latihan untuk memudahkan proses penghantar­an pulang ke China.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Antara gelagat Nuan Nuan pada majlis perpisahan­nya di Zoo Negara, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Antara gelagat Nuan Nuan pada majlis perpisahan­nya di Zoo Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia