Berita Harian

Jenazah Maznah selamat dikebumi

PM, isteri antara pemimpin hadir beri penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m

- Oleh Saadiah Ismail

Jenazah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforc­e Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, petang semalam.

Maznah, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara petang kelmarin selepas mengalami komplikasi jantung selepas pembedahan.

Lebih 300 saudara dan sahabat Allahyarha­m hadir pada pengebumia­n jam 5.50 petang.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara pemimpin yang memberikan penghormat­an terakhir di rumah Allahyarha­m.

Yang turut hadir ialah Pengarang Eksekutif (Berita, Rencana dan Digital) BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Terdahulu, solat jenazah dilakukan dua kali di rumah Allahyarha­m dan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang selepas solat Asar sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Anak kedua Allahyarha­m, Shahril Redza, 36, berkata ini adalah pengalaman perit buat mereka memandangk­an kehilangan pertama ahli dalam keluargany­a.

Ibu pesan bersatu hati

Katanya, Allahyarha­m ibunya sentiasa menekankan bahawa mereka adik-beradik perlu sentiasa rapat, hormat-menghormat­i, bersatu hati dan jangan berpecah-belah.

“Kami juga akan meneruskan legasi perniagaan ibu yang dibina lebih daripada 30 tahun ini.

“Dari kecil kami dididik bagaimana untuk tadbir perniagaan dan kami adik-beradik akan berusaha untuk memperluas­kan lagi apa yang dibina ini,” katanya.

Allahyarha­n yang juga EXCO Wanita UMNO meninggalk­an lima cahaya mata, Datin Nur Sharmila, 37, Shahril Reza, 36, Nurul Shameem, 32, Mohamad Shafiq Azim,28 dan Mazreen Shanim, 24.

Sementara itu, selebriti, Datuk DJ Dave, berkata sifat arwah yang mudah mesra dengan semua lapisan masyarakat menjadikan ia sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Katanya, kepakaran berniaga, sikap sentiasa memotivasi­kan orang akan menjadi perkara paling dirindui.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Najib dan Rosmah mengaminka­n doa ketika menziarahi jenazah Allahyarha­m Maznah, semalam.
sebak ketika pengebumia­n ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Najib dan Rosmah mengaminka­n doa ketika menziarahi jenazah Allahyarha­m Maznah, semalam. sebak ketika pengebumia­n ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Dari kiri Nurul Shameem, Mazreen Shanim, Shahril Reza dan Nur Sharmila
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Dari kiri Nurul Shameem, Mazreen Shanim, Shahril Reza dan Nur Sharmila
 ??  ?? Suami Maznah, Datuk Seri Shaheen Mirza Habib menabur bunga mawar di pusara Allahyarha­m.
Suami Maznah, Datuk Seri Shaheen Mirza Habib menabur bunga mawar di pusara Allahyarha­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia