Berita Harian

Yusoff dakwa anggota JPJ berniat jahat

Tertuduh beritahu guna lorong kecemasan untuk pantau kesesakan lalu lintas

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob, mendakwa dua pegawai penguat kuasa JPJ mempunyai niat jahat untuk menjatuhka­nnya.

Katanya, niat pegawai berkenaan dapat dilihat apabila gambarnya memandu di lorong kecemasan pada 7 Oktober tahun lalu yang hanya dimiliki pegawai itu, menjadi viral di media sosial keesokan harinya.

“Saya dapati mereka berniat jahat pada saya dan beberapa hari kemudian, pejabat Ketua Pengarah (JPJ) dipecah masuk oleh anggota daripada bahagian sama.

“Perbuatan ini ada agenda tertentu dan berniat jahat terhadap saya dan pengurusan tertinggi JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang saksi di Mahkamah Majistret di sini semalam. Kenyataan diberikan di hadapan Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan, manakala Yusoff diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu.

Didakwa memandu di lorong kecemasan

Pada 25 Julai lalu, Yusoff, 58, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di lorong kecemasan dalam kereta bernombor plet BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016.

Muhammad Zaki semalam mengarahka­n Yusoff membela diri selepas mendapati wujud prima facie terhadap kes itu. Beliau turut menetapkan 16 Oktober ini untuk keputusan kes.

Yusoff juga berkata, beliau memandu di lorong kecemasan ketika itu kerana berasa bertanggun­gjawab untuk membuat pemantauan mengenai kesesakan teruk yang berlaku di kawasan berkenaan.

Anggota berhenti tepi jalan

Katanya, beliau mendapati terdapat dua anggota JPJ yang memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan dan mengambil gambar kenderaan. Beliau kemudian meneruskan pemanduan sebelum berhenti selepas Plaza Tol Putrajaya.

“Saya kemudian menghantar pesanan dalam kumpulan Whatsapp yang dianggotai penguat kuasa JPJ dan bertanya mengapa anggota berkenaan membuat operasi di tempat tidak sesuai dan tidak mengikut prosedur yang menambahka­n lagi kesesakan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Izzat dalam hujahnya berkata, walaupun Yusoff mempunyai kuasa untuk menyelia dan memantau, dia masih tertakluk di bawah undang-undang dan dalam kes itu, adalah jelas bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan.

Yusoff Ayob, Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) JPJ Perbuatan ini ada agenda tertentu dan berniat jahat terhadap saya dan pengurusan tertinggi JPJ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia