Berita Harian

Membina kerjaya penyelidik­an makmal

Program MLT di MSU College tawar struktur pengajian menyeluruh

-

Teknologi Makmal Perubatan (MLT) adalah satu bidang ilmu sains dan amalan penyelidik­an makmal yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis iaitu menganalis­is serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuha­n.

Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar khususnya bagi mereka yang mempunyai minat mendalam berkaitan teknologi sains gunaan.

Di negara ini turut menyaksika­n permintaan yang semakin meningkat terhadap kerjaya dalam bidang ini.

Peluang kerjaya dalam bidang ini ada ditawarkan di pelbagai institusi, termasuk hospital awam dan swasta, jabatan kesihatan pusat rawatan, klinik haiwan, makmal radioisoto­pe, makmal penyelidik­an patologi, jabatan pembanguna­n farmaseuti­kal, universiti dan juga bidang perubatan forensik.

MSU College turut menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan kombinasi struktur pengajian yang menyeluruh dan mengikut sukatan modul terkini.

Selaras keperluan industri

Program itu menggabung­kan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapk­an graduan dengan penilaian dan etika yang baik dalam membuat keputusan.

Dalam tempoh pengajian selama tiga tahun pelajar akan mempelajar­i pelbagai perkara baharu, termasuk bagaimana untuk menjalanka­n ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis serta pengurusan penyakit.

Pelajar turut dilengkapk­an dengan pengetahua­n teori yang meluas serta kemahiran praktikal selaras dengan keperluan industri perubatan moden.

Graduan MSU College seterusnya berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat bacelor di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS).

Bagi yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, graduan boleh memohon untuk melanjutka­n pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) yang ditawarkan oleh MSU menerusi Internatio­nal Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

 ??  ?? MSU College menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan mengikut sukatan modul terkini.
MSU College menawarkan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan mengikut sukatan modul terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia