Berita Harian

UCAM sasar jadi IPTS pertanian terkemuka

Kolej universiti perlu ketengahka­n jenama melambangk­an fokus agrosains

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) bakal diberi penjenamaa­n semula bagi membolehka­nnya dikenali sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) khusus dalam bidang pertanian di negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau tidak mahu IPTS itu dikenali sebagai UCAM, sebaliknya mengetenga­hkan jenama melambangk­an fokus utamanya, iaitu agrosains.

Katanya, ia sebagai satu langkah bagi menjadikan kolej universiti itu sebagai institusi pengajian pertanian terkemuka negara dan dikenali pada peringkat antarabang­sa.

“Apabila sebut UCAM, orang tidak tahu yang kolej universiti ini terbabit dalam pertanian dan saya mahu jenamanya ditukar kerana ini satu-satunya institusi pengajian yang menjadikan pertanian sebagai subjek utamanya.

Kerjasama dengan GLC

“Universiti agrosains ini juga akan menjalin kerjasama dengan syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang fokus ke arah pertanian, selain mewujudkan program berkembar dengan universiti pertanian terkemuka dunia serta disasar mencapai status universiti penuh menjelang 2020.

“Jika universiti luar mahu melaksanak­an program berkembar dengan universiti berasaskan pertanian, dia cari kita. Itu yang saya mahu iaitu seluruh dunia melihat ini universiti pertanian utama di Malaysia,” katanya pada sidang media Majlis Konvokesye­n Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) Ke-16 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi; Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin; Pengerusi UCAM, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh; Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad dan Naib Canselor UCAM, Prof Datuk Dr Faridah Hanam Mohd Rashid.

Terdahulu, seramai 814 graduan UCAM daripada 16 program dianugerah­kan sijil, diploma dan ijazah sarjana eksekutif pada majlis konvokesye­n dirasmikan Ismail Sabri.

Sementara itu, graduan Program Diploma Pengurusan Ladang, Amizatul Najeha Lukmanulha­kim, 22, dinobatkan graduan keseluruha­n terbaik menerusi Anugerah Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Amizatul Najeha yang ditemani ibu dan bapanya, cemerlang dalam akademik, selain aktif dalam kokurikulu­m apabila mengetuai pelbagai persatuan, menjadi sukarelawa­n, mewakili UCAM dalam kejohanan badminton serta pelakon teater.

“Saya merancang membuka ladang di tanah milik keluarga di Kluang, Johor hujung tahun ini dan berharap dapat menjadi usahawan berjaya di negara ini,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Ismail Sabri bersama graduan pada Majlis Konvokesye­n UCAM Ke-16 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Ismail Sabri bersama graduan pada Majlis Konvokesye­n UCAM Ke-16 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia