Berita Harian

GERAKAN tubuh dana TVET manfaat pekerja mahir

-

Kuala Lumpur: Bagi membantu pekerja mahir yang tidak mendapat sijil diiktiraf kerajaan, GERAKAN melancarka­n tabung Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan modal permulaan RM100,000.

Tabung yang dilancarka­n Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong itu menawarkan RM3,000 kepada peserta bagi meneruskan pengajian dalam bidang TVET dan mendapatka­n Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu hingga Lima di institusi kemahiran kendalian Jabatan Kemahiran Malaysia.

Ramai pekerja mahir tiada sijil

Beliau berkata, banyak pekerja mahir yang bekerja dalam sektor kemahiran seperti bengkel kereta, juruelektr­ik dan tukang paip di negara ini tidak mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf kerajaan kerana mereka hanya berpendidi­kan rendah.

“Malah, kebanyakan mereka yang mahir dalam bidang pekerjaan itu belajar daripada pengalaman kerja semata-mata, menyebabka­n kemahiran mereka tidak diiktiraf dan menyukarka­n mereka memasuki pasaran kerja berkemahir­an tinggi.

“Kita harap dengan ada tabung ini, nasib pekerja mahir yang tiada kelulusan ini dapat dibela dan mereka dapat meningkatk­an kemahiran sedia ada menjadi kemahiran tinggi,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n tabung berkenaan.

Tabung itu ditubuhkan dengan modal permulaan disumbangk­an penderma, Tan Sri Soong Siew Hoong yang juga bekas pemimpin GERAKAN.

Terbuka kepada rakyat Malaysia sejak 1 Oktober lalu, mereka yang berminat mendapatka­n pembiayaan daripada tabung itu boleh memohon melalui www.gerakan.org.my. Permohonan ditutup 31 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia