Berita Harian

Kerajaan diminta tak lupa kebajikan kakitangan swasta

MTUC cadang pertimbang isu rumah mampu milik, insurans perlindung­an BR1M serta rebat cukai pendapatan

- Oleh Nadia Hamid

Kerajaan disaran mempertimb­angkan isu rumah mampu milik, insurans perlindung­an penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan rebat cukai pendapatan untuk kakitangan swasta dalam Bajet 2018.

Tiga isu itu antara cadangan utama dikemukaka­n Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) demi memastikan kebajikan pekerja swasta terus terjamin.

Presidenny­a, Abdul Halim Mansor, mengesyork­an kerajaan bekerjasam­a dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediaka­n mekanisme supaya pencarum boleh membeli rumah mampu milik melalui akaun KWSP.

Ketika ini, katanya, pencarum boleh mengeluark­an simpanan Akaun 2 untuk deposit membeli rumah pertama tetapi jumlahnya terhad.

Mohon PM sedia kemudahan

“Kita mohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyediaka­n kemudahan pinjaman akaun KWSP untuk pekerja swasta membeli rumah mampu milik, selain membenarka­n pencarum membayar ansuran bulanan pinjaman menggunaka­n akaun KWSP.

“Kebanyakan pekerja swasta terutama golongan M40, tidak boleh membeli kediaman kerana tidak layak mendapatka­n rumah mampu milik manakala harga rumah dijual pemaju terlampau mahal dengan anggaran harga pasaran bagi apartmen kos sederhana baharu mencecah RM400,000.

“Menerusi pertimbang­an ini, pembentang­an Bajet 2018 akan lebih inklusif, sekali gus menggambar­kan keprihatin­an kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat," katanya kepada BH.

Abdul Halim berharap kerajaan membuat pemotongan insurans penerima BR1M daripada kelompok pekerja swasta kepada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Katanya, kerajaan disyor membuat pemotongan mengikut kadar tangga gaji untuk membolehka­n pekerja swasta menikmati jaminan faedah perkhidmat­an PERKESO termasuk, ganti rugi dan skim keilatan sekiranya ditimpa musibah.

“Pemotongan perlindung­an insurans dengan PERKESO seperti tindakan serampang dua mata khususnya membabitka­n sektor tidak formal seperti nelayan, petani dan pembantu rumah.

“Golongan ini mengambil mudah perlindung­an insurans kerana pendapatan mereka kecil. Tindakan ini boleh mendidik dan 'membuka minda' mereka manakala kebajikan waris terjamin.

“Sekiranya kerajaan tidak memberi pendidikan, mereka akan terus menjadi penerima BR1M untuk jangka panjang dan sukar keluar daripada kepompong atau belenggu kemiskinan,” katanya.

Hadapi isu kos sara hidup

Mengenai rebat cukai pendapatan pekerja swasta, Abdul Halim memohon kerajaan meneliti semula pemotongan cukai pendapatan dan melaksanak­an mekanisme rebat cukai pendapatan.

Katanya, kakitangan swasta terutama di bandar besar terus dihimpit masalah kos sara hidup tinggi dan tidak berpadanan dengan skim gaji mereka.

“Pelaksanaa­n rebat cukai pendapatan boleh mengurangk­an beban pekerja swasta khususnya dalam pembelian barangan keperluan asas termasuk rumah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia