Berita Harian

422,600 benih ikan dilepas di 14 lokasi seluruh negara

Inisiatif jamin kelestaria­n sumber perikanan sungai, tingkat pendapatan nelayan

- Oleh Samadi Ahmad

Sebanyak 422,600 benih ikan dilepaskan di 14 lokasi seluruh negara semalam, membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam usaha pemulihara­an sumber perikanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata inisiatif itu bagi menjamin kelestaria­n sumber perikanan sungai di samping meningkatk­an sumber pendapatan nelayan darat.

Beliau juga yakin usaha itu dapat menyokong pembanguna­n industri perikanan rekreasi supaya dapat dinikmati generasi masa depan, terutama bagi memancing spesies ikan darat yang agak sukar ditemui sekarang.

Didik hargai sungai

“Selain menambah stok ikan sungai yang semakin berkuranga­n disebabkan pencemaran dan penangkapa­n tidak terkawal, kita juga mendidik masyarakat untuk menghargai sungai,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Terdahulu, beliau menyempurn­akan program pelepasan benih ikan berkenaan dan majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan darat sempena Program Gelombang Nelayan Nasional, di sini semalam.

Sebanyak 6,055 benih ikan seperti kelah, temoleh, baung, patin, lampam sungai dan tengas dilepaskan ke Tasik Putrajaya di Presint 5 menerusi program itu yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pelepasan benih ikan terbesar.

Serah bantuan sara hidup

Tajuddin yang turut menyampaik­an elaun sara hidup nelayan darat berjumlah RM18,800 kepada 94 nelayan di Selangor, berkata benih ikan dilepaskan ke perairan umum meningkat daripada 6.72 juta ekor pada 2012 kepada 8.34 juta tahun lalu.

“Program ini secara langsung menyumbang kepada peningkata­n pengeluara­n perikanan darat tahun lalu sebanyak 5,850 tan bernilai RM89.5 juta,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD ISHAK/BH] ?? 4 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (dua dari kanan) melepaskan ikan di Pangkalan Chegar Sungai Korok, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
[FOTO MOHAMAD ISHAK/BH] 4 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya (dua dari kanan) melepaskan ikan di Pangkalan Chegar Sungai Korok, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Tajuddin melepaskan benih ikan pada Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Serentak Seluruh Negara di Tasik Putrajaya, semalam.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Mohammad Abdul Ghani (tengah) melepaskan 20,000 anak ikan lampam...
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Tajuddin melepaskan benih ikan pada Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Serentak Seluruh Negara di Tasik Putrajaya, semalam. Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Mohammad Abdul Ghani (tengah) melepaskan 20,000 anak ikan lampam...
 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ??
[FOTO SAMADI AHMAD/BH]
 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ?? Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (dua dari kanan) melepaskan benih ikan kelah ke Sungai Jertih, semalam.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (dua dari kanan) melepaskan benih ikan kelah ke Sungai Jertih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia