Berita Harian

Jemaah guna Kompleks Tabung Haji KLIA 2018

Lokasi dekat lapangan terbang, lebih selesa

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Jemaah haji akan menggunaka­n Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi pengumpula­n bagi menggantik­an Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor bermula tahun depan.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata dengan adanya Kompleks Tabung Haji KLIA yang dijangka siap hujung tahun ini, akan memudahkan perjalanan jemaah kerana lokasinya hanya 10 minit dari lapangan terbang berkenaan.

“Selepas ini semua urusan mengenai jemaah dan pusat pengumpula­n akan dilaksanak­an di Kompleks Tabung Haji KLIA,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 268 jemaah haji terakhir di KLIA menaiki pesawat MH8325 dari Jeddah, Arab Saudi, di sini semalam.

Kompleks yang dibina atas tapak seluas lima hektar itu dilengkapi hotel bertaraf empat bintang bagi keselesaan jemaah haji dan keluarga mereka berikutan pertambaha­n jumlah jemaah haji setiap tahun.

Selain itu, ia turut menyediaka­n kawasan meletak kenderaan lebih luas iaitu lebih 550 petak, sekali gus mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku setiap tahun di kompleks di Kelana Jaya.

Surat tawaran haji keluar November

Dalam pada itu, Abdul Azeez turut mengumumka­n surat tawaran bagi menunaikan haji pada tahun depan akan mula dikeluarka­n selewat-lewatnya November ini, secara berperingk­at sehingga Mei tahun depan.

“Sebanyak dua juta permohonan diterima untuk menunaikan haji dan dari segi kuota haji, kita berharap ada penambahan selain kuota yang kita sudah dapat iaitu sebanyak 30,200, dikekalkan,” katanya.

Jemaah haji, Syahriah Nuhung, 76, yang ditemani anak perempuann­ya bersyukur dapat menunaikan haji dan tiba di tanah air dengan selamat.

“Syukur akhirnya hajat saya untuk mengerjaka­n haji tercapai juga selepas 10 tahun menunggu, urusan saya di sana juga dipermudah­kan dengan bantuan pegawai Tabung Haji, mereka banyak membantu tidak kira waktu siang mahupun malam,” katanya.

Jemaah lain, Juhari Ismail, 58, berkata ini kali kedua beliau berpeluang mengerjaka­n haji bersama isterinya.

“Di sana Tabung Haji meminta kami berjalan secara berkumpula­n, sekali gus mengurangk­an risiko sesat dan pegawai Tabung Haji juga menjaga kami dengan sangat bagus, boleh dikatakan sepanjang perjalanan dari Malaysia hingga tiba di sana kami dibantu oleh mereka,” katanya.

 ?? [FOTO ABD RAHIM RAHMAT/BH] ?? Abdul Azeez bersalam dengan jemaah haji ketika menyambut kepulangan sebahagian dari 268 jemaah haji penerbanga­n terakhir MH8325 di KLIA, semalam.
[FOTO ABD RAHIM RAHMAT/BH] Abdul Azeez bersalam dengan jemaah haji ketika menyambut kepulangan sebahagian dari 268 jemaah haji penerbanga­n terakhir MH8325 di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia